Kanak-kanak perempuan digantung terbalik & digigit bapa saudaranya kerana mencuri


BAGHDAD, IRAQ - Hanya kerana melakukan kesalahan mencuri, seorang kanak-kanak perempuan diikat kedua-dua belah kakinya sebelum digantung secara terbalik pada kipas dan digigit beberapa kali di bahagian belakang badannya. 

Lapor Egypt 24, dalam kejadian yang berlaku pada bulan April lalu, mangsa merupakan anak yatim piatu, tinggal bersama bapa saudaranya di bandar Bhagdad, didakwa mencuri beberapa biji buah kentang milik rakannya. 

Kejadian itu sampai ke pengetahuan bapa saudara mangsa, lalu berang dan mengambil tindakan menghukum mangsa di rumah mereka. 

Kaki mangsa diikat dan digantung secara terbalik pada kipas sebelum dipusingkan oleh seorang lagi bapa saudaranya. Ketika berpusing, seorang lagi bapa saudaranya mengambil kesempatan untuk merotan mangsa. Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu terus menggigit belakang badan mangsa beberapa kali sebelum dihentikan oleh adiknya. 


Kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi lelaki yang duduk di sofa, tanpa cuba menghalang perbuatan dua lelaki dewasa itu. 


Lapor Alwatan Voice, kedua-dua bapa saudara mangsa telah ditahan, selepas video penderaan itu viral di media sosial. Suspek akan didakwa di atas pertuduhan mendera kanak-kanak. 

Mangsa kini berada di bawah perlindungan jabatan kebajikan. - The Reporter
Kanak-kanak perempuan digantung terbalik & digigit bapa saudaranya kerana mencuri Kanak-kanak perempuan digantung terbalik & digigit bapa saudaranya kerana mencuri Reviewed by Editor on 9:28 AM Rating: 5