Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Langgarlah, ini kereta g***n tau. Suka hati akulah (tak bagi masuk), aku ada pangkat'


    Aduan dari Ashizi

    True story

    Petang tadi balik dari Putrajaya, terjumpa dua orang perempuan sombong dan bongkak tak kena gaya atas jalan raya yang bawa kereta kerajaan jenama Proton Perdana. Nak masuk depan kereta, mereka tak nak beri laluan. Malah kereta Myvi (warna jingga) saya dihimpit-himpit agar saya tidak dapat masuk. 

    Jalan tiga lorong menuju dua lorong, nak tak nak kena masuk juga. Dia juga dari lorong yang sama. Tetapi bila dia sudah dapat masuk, dia tak nak bagi saya masuk di depan dia pula. Tiada masalah sangat kalau dia enggan beri laluan tetapi apa yang saya geram, dia siap buka tingkap, ambil telefon bimbit dengan tujuan mahu merakam gambar saya, sambil berkata,

    "Langgarlah, ini kereta g***n tau.." 

    "Eh kak, sombong betul. Akak pun dari lorong sama dengan saya tadi, selit depan kereta orang," balas saya. 

    "Suka hati akulah. Aku ada pangkat, kau pangkat apa?" katanya dengan sombong sebelum menutup tingkap. 

    Sebijik-sebijik saya dengar perkataan dari mulut dia. Tak apalah kak, berlagaklah dengan pangkat darjat akak itu. Saya ada video akak memandu di lorong kecemasan nak elak jalan sesak. Nombor pendaftaran pun sangat jelas. Orang yang sombong seperti akak pun Tuhan biasanya bagi balasan yang setimpal. 

    SAYA BELUM GILA NAK VIRALKAN CERITA MELIBATKAN ORANG, TETAPI SIKAP DIA AGAK KETERLALUAN

    Tujuan saya muat naik status tentang makcik gomen berlagak tempoh hari sebab hati panas bila dia berlagak nak mati dengan pangkat dan kereta kerajaan dia itu. Saya bukan nak cari perhatian pun. Cerita itu semuanya benar dan bukan direka-reka. 

    Status yang dimuat naik Ashizi yang viral di media sosial | Foto - Persatuan Makcik Puaka II
    Saya belum gila nak viralkan cerita melibatkan orang lain. Baik saya muat naik status saya bahagia dengan keluarga saya. Buang masa saja cerita tentang orang lain. Bila dah terkena batang hidung sendiri, baru kau tahu nanti. 

    Saya tunggu juga makcik itu viralkan gambar saya dan nak dengar cerita versi dia sebab dia yang mula merakam gambar saya. Mujur saya tak sempat rakam video dia bercakap besar itu. 

    SUDAH DILAPORKAN KEPADA 'PIHAK BERKENAAN'

    Apa yang saya harap daripada netizen di atas status saya yang telah viral itu, hidup janganlah menongkat langit, jangan berlagak sombong walaupun kita ada pangkat atau gaji besar, jangan ada 'double standard' untuk hormat orang dan sentiasa beringat apa yang kita ada sekarang boleh hilang kalau tuhan tarik balik. 

    Semua perkara ini ibu bapa, guru-guru sudah pesan sejak dari tadika sampailah tamat persekolahan. 

    Seperkara lagi, cukuplah saya muat naik gambar muka dia yang samar-samar itu. Yang lain-lain saya tak perlu dedahkan sebab saya sudah hantar kepada pihak yang sepatutnya. Walaupun saya panas hati dengan dia, saya tak adalah sampai nak mengaibkan orang. Biarlah dia dikenakan tindakan mengikut saluran yang betul. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.