Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Macam mana suami nak ada duit kalau hak isteri sentiasa diabaikan?


    Dari Facebook

    Isteri: Abang, saya nak minta duit sikit nak beli baju, make-up dan barang keperluan saya. Saya dah lima tahun tak tukar (suami tidak pernah beri belanja bulanan). 

    Suami: Isk! Tak boleh, tak cukup. Saya kena bayar kereta, rumah dan bil lagi.

    Isteri: Okey, tak apalah.

    Beberapa bulan kemudian...

    Isteri: Abang, baju raya kita saya dah beli guna duit saya jual nasi lemak. Nak minta abang tambah sikit untuk beli baju raya anak. 

    Suami: Laaa awak, abang tak sempatlah. Bulan ini memang nazak. Kereta abang dah bayarkan, rumah lagi. Awak asyik meminta saja. 

    Macam mana nak ada duit kalau hak isteri pun diabaikan? Batin isteri diabaikan? Rezeki akan sentiasa tidak cukup. Bahagiakan isteri, nikmat rahmat rumah tangga. 

    Allah akan sekat rezeki jika suami kedekut nak berkongsi rezeki dengan isteri. Isteri sebenarnya mampu kalau nak mencari duit lebih untuk membeli barang keperluan sendiri. Tetapi adakalanya mereka meminta sebab sayangkan suami, tak nak rezeki suami tersangkut dek sebab kedekut sangat dengan isteri. 

    Jangan tanya kenapa sentiasa tak cukup, sebab suami tak pernah nak cukupkan dulu yang wajib. InshaAllah kalau tak kedekut dengan isteri, hujung bulan macam mana sangkut sekalipun, inshaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.