Maut dirempuh kereta ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit


CHONBURI, THAILAND - Seorang wanita melambung ke udara selepas dirempuh kereta ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbitnya. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Sudchada Bureepia, 40, sebelum kejadian baru selesai menghantar anak perempuannya ke hospital dan dirakam sedang melintas jalan empat lorong sambil bercakap dengan telefon bimbitnya.

Apabila tiba di lorong terakhir, mangsa terus melintas tanpa memandang ke arah kanan lalu dirempuh sebuah kereta MPV dan melambung ke udara sebelum terhempas di depan sebuah kereta. 

Pemandu kereta MPV, Mangkorn Somsut berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia langsung tidak menyedari kehadiran mangsa yang sedang melintas jalan secara tiba-tiba. 


Mangsa yang retak tulang kepala kemudian dihantar ke hospital Phyathai Sriracha. 

Lapor Coconuts Bangkok, mangsa telah meninggal dunia semalam. Manakala Mangkorn masih belum dikenakan sebarang dakwaan. - The Reporter
Maut dirempuh kereta ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit Maut dirempuh kereta ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit Reviewed by Editor on 12:21 AM Rating: 5