Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Pandu lawan arus, Ng Pei Ven dibebaskan dari tuduhan guna dadah


    BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Ng Pei Ven, 19, dibebaskan dari pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Permatang Pauh, 14 Mac lalu, lapor Harian Metro

    Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati ujian saringan air kencing tertuduh negatif, selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zin. 

    Jamaliah kemudiannya meminta wang jaminan sebanyak RM5,000 yang dikenakan dikembalikan. 

    Pada 17 Mac lalu, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine sewaktu kejadian dan meminta dibicarakan. 

    Sementara itu bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 36, mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen. 

    Dalam kejadian 7.50 pagi 14 Mac lalu, pei Ven dituduh memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, kemudian merempuh Perodua Kelisa dan menyebabkan pemandnya maut. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.