Pegawai kelahiran Sarawak, Sabah & Labuan bertugas di Semenanjung dibenarkan ambil cuti (1 hari) tanpa rekod sempena Pesta Kaamatan & Hari Gawai - PMO


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak bersetuju membenarkan pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia mengambil satu hari cuti tanpa rekod bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

Kenyataan media itu dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia, tiga jam yang lalu.

Jelas kenyataan itu, kebenaran mengambil cuti tanpa rekod satu hari itu berkuat kuasa mulai tahun ini. 


"Seiring dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam dan 1Malaysia, adalah diharapkan cuti tersebut dapat memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama dengan keluarga khususnya dan warga Sabah dan Sarawak amnya," kata kenyataan itu. - The Reporter

Powered by Blogger.