Pelajar dipaksa minum racun, meninggal dunia


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Pelajar lelaki yang dilaporkan dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain minggu lalu, telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), malam tadi, lapor Harian Metro

Mangsa, S Pravin, 15, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ketika dirawat di hospital berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin, mengesahkan kematian mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu lalu, mangsa terdahulu dipercayai menegur sekumpulan pelajar terbabit yang sedang menghidu gam di Pekan Nilai. 

Berang dengan tindakan mangsa, kumpulan pelajar itu kemudian memegang kaki dan tangan mangsa sebelum menuang cecair ke dalam mulutnya. 

Mangsa mengadu sakit perut dan muntah kepada bapanya dan dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai, lalu dirujuk ke HTJ. 

Menurut doktor HTJ, mangsa dipercayai diberi minum racun serangga. 


Zaldino berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan juga denda. - The Reporter
Pelajar dipaksa minum racun, meninggal dunia Pelajar dipaksa minum racun, meninggal dunia Reviewed by Editor on 2:49 PM Rating: 5