Pengeluar minta harga gula dinaikkan 40 sen


KUALA LUMPUR - Pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings dilaporkan masih dalam perbincangan dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula 40 sen sekilogram. 

Memetik laporan Malay Mail Online, permintaan untuk menaikkan harga gula itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini. 

Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran. 

"Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram," katanya. 

1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram. 

Kali terakhir harga gula diselaraskan adalah pada Oktober 2013. - The Reporter
Pengeluar minta harga gula dinaikkan 40 sen Pengeluar minta harga gula dinaikkan 40 sen Reviewed by Editor on 4:55 PM Rating: 5