Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Rambut anak perempuan saya ditarik & diheret, beginikah cara guru kamu mengajar?' - Ibu mangsa


    GUANGDONG, CHINA - Seorang guru di sebuah sekolah rendah dirakam mengheret dan menarik rambut seorang murid perempuan di kawasan sekolah, viral di media sosial. 

    Lapor Shanghaiist, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu dirakam kakitangan perkhidmatan kurier yang yang kebetulan berada di situ. 

    "Saya nak balik rumah," jerit murid perempuan berkenaan disusuli dengan tangisannya menahan kesakitan rambutnya ditarik. 

    "Cikgu, boleh ke awak memperlakukan murid awak seperti itu?" soal kakitangan kurier berkenaan. 

    "Ini anak perempuan saya, awak peduli apa?" kata guru wanita itu yang cuba menipunya. 

    Bagaimanapun kakitangan kurier tidak percaya lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah, menyebabkan ibu murid terbabit datang dan berdepan dengan pengetua sekolah anaknya. 

    Berikutan kejadian itu, guru terbabit digantung kerja dan disiasat. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.