Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Saya kena tampar, saya pula yang kena minta maaf?'


    PUTRAJAYA - Penerbit filem dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo, mempersoalkan logik di sebalik tuntutan 2 NGO yang mendesak beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam tempoh 3 hari. 

    "Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?

    "Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan perdana menteri mahu saya berbuat demikian. Tetapi saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya, memetik laporan dari Free Malaysia Today semalam. 

    David Teo juga menafikan dakwaan fitnah Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju, kononnya beliau telah dibayar oleh parti pembangkang untuk menimbulkan kekecohan dalam program Dialog TN50, malam itu. 

    "Saya sudah menjadi seorang ahli perniagaan lebih 17 tahun. Wang saya datang daripada filem yang menjadi box office dan jualan tiket. Dan saya tidak mempunyai latar belakang politik atau hubungan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan," katanya. 

    Difahamkan, David Teo akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Ali Tinju, selepas berunding dengan peguamnya. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.