'Saya tak malu, malah bangga memiliki tanda lahir (nevus) ini' - Mariana


BRAZIL - Mariana Mendes, 24, dari Juiz de Fora, Brazil, dilahirkan dengan tanda lahir yang besar, juga dikenali sebagai nevus, di wajahnya, lapor Daily Mail.

Menurut Mariana, tanda lahirnya itu kerap kali disalah sangka sebagai tatu , selain menganggap tanda lahir itu kelihatan hodoh dan pelik. 

Bagaimanapun Mariana percaya tanda lahir itu membuatkan dia unik dan tidak pernah malu memilikinya kerana ia membantu dirinya berdepan dengan orang ramai. 

Di usia lima tahun, Mariana dibawa oleh ibunya menjalani tiga pembedahan laser bagi mengurangkan tanda lahirnya itu kerana bimbang Mariana akan menjadi mangsa buli. 


Namun, Mariana tidak mahu kepelikkan di wajahnya itu menjadi penghalang untuk dirinya bergaul dengan masyarakat lalu menunjukkan kelainannya itu melalui rakaman gambar-gambar model dirinya yang menarik. 

"Saya rasa lebih cantik dan sangat berbeza berbanding orang lain kerana ada tanda lahir ini. Mempunyai tanda lahir sebesar ini bukan perkara biasa dan sudah tentu ramai yang memandang saya. Ada yang tidak suka tetapi saya tak kisah. 


"Ramai yang bertanya tentang tanda lahir ini, adakala mereka ingatkan make-up atau tatu. Tetapi saya tidak kisah dan jelaskan kepada mereka. 

"Ada yang suka, atau yang tidak. Pelbagai respon yang saya terima. Ada juga yang kata ianya nampak hodoh atau pelik. Saya fikir itu hanya pandangan mereka sahaja dan tetapi bagi saya ia cantik. 

"Saya tak berkecil hati jika ada yang tidak suka pada tanda lahir ini. Bagi saya, ia salah satu bahagian badan saya, malah saya bangga memilikinya. 



"Semasa kecil, kerana takut saya menjadi mangsa buli, ibu membawa saya menjalani pembedahan laser bagi membuang tanda lahir ini. Saya hanya menjalani beberapa sesi dan hasilnya semakin menjadi-jadi. 

"Saya gembira saya tidak perlu lagi melakukannya lagi, jika tidak ia semakin menjadi-jadi," katanya. - The Reporter
'Saya tak malu, malah bangga memiliki tanda lahir (nevus) ini' - Mariana 'Saya tak malu, malah bangga memiliki tanda lahir (nevus) ini' - Mariana Reviewed by Editor on 1:26 PM Rating: 5