Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Saya tak pernah tulis nama sesiapa' - Fasha nekad ambil tindakan terhadap penganjur & pihak ketiga


    AUSTRALIA - Fasha Sandha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha, hari ini mengeluarkan kenyataan akhbarnya lebih awal melalui akaun Instagram menegaskan bahawa beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan mana-mana pihak ketiga yang telah memalukannya. 

    Terdahulu, Fasha enggan memberi sebarang kenyataan kerana masih bercuti di luar negara dan hanya akan menjawab semua persoalan media sekembalinya 18 Mei nanti.

    Fasha menjelaskan, beliau faham yang pihak penganjur, Glass Go Media telah memohon maaf kepadannya tetapi tindakan undang-undang tetap akan diambil kerana telah memalukannya. 

    "Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman Instagram saya dan hanya berkongsi perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam itu," tegas Fasha. 

    "Jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa. 

    "Laman Instagram saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya. 

    Salam Dari saya, Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini. Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya. Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa. Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut. Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL. Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang. Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa2 lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya. Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG. Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang. Terima kasih. Nur Fasha Sandha Australia
    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

    Fasha berkata, beliau akan mengambil tindakan saman malu terhadap mana-mana pihak yang menyatakan beliau telah memfitnah dengan memburukkan dan mencemarkan jenama pihak beerkenaan, malah tidak gentar untuk berdepan dengan perkara itu. 

    "Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi tidak berjaya," katanya. 

    Dalam kenyataan itu, Fasha menganggap tindakan pihak ketiga sebagai tindakan kurang matang dan enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini dan menyerahkan sepenuhnya tindakan lanjut kepada peguamnya.

    Artikel berkaitan:
    1. Nora Danish failkan saman terhadap Fasha Sandha
    2. Isu Nora & Fasha hanya salah faham sahaja, tiada halau dan tarik diri - penganjur
    3. Saya dan Fasha memang tidak baik dari dulu tetapi tidaklah sampai menghalau dia

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.