'Tolonglah bang, jangan report polis' - Scammer


Dah bersinar harapan nak dapatkan iPhone 7, rupa-rupanya ditipu oleh seorang pelajar tingkatan 4. Bila tembelangnya sudah pecah, ibu bapa pelajar itu buat tak tahu dan siap mempertahankan anak mereka. 

Ibu bapa jenis apakah ini? 

Menurut Ezatul Min Ki, kejadian itu berlaku pada rakannya pada jam 4 petang, 6 Mei, Sabtu lalu. 

"Korang boleh nilai sendiri. Member datang dari jauh nak swap iPhone 6S Plus dengan iPhone 7 budak itu. Sampai-sampai, macam ini jadinya. Bukti screenshot dan video ini sebagai pengajaran untuk semua orang dalam Facebook agar berhati-hati kalau nak COD (cash on delivery) jauh-jauh," tulisnya. 

Difahamkan, mangsa telah bertemu dengan ibu bapa pelajar berkenaan di rumahnya. Malangnya, ibu bapa pelajar itu buat tak tahu dan tidak kisah tentang perbuatan anak mereka. 

"Mak bapak dia buat tak tahu dan macam tak nak ambil kisah pun pasal anak dia buat kerja menipu sebab budak itu bukan sekali buat kerja itu. 

"Masa jumpa keluarga dia, budak itu dengan berlagaknya 'sound' balik pada member saya, 

Nak tangkap aku, tangkaplah. MAsalahnya aku tak ambil handphone kau ar! Aku tipu sahaja. Aku pernah sekali tipu orang tu, pastu orang tu datang mintak balik handphone tu. Aku dah bagi balik handphone kat orang tu. Aku tak buat pape...

"Ibu dia boleh pula mempertahankan perbuatan menipu anaknya itu, 

Ha, tak buat pape...

"Jadi ibu bapa budak itu lagi nak salahkan member saya. Kenapa percayakan anak dia tu? Mereka macam tak nak ambil port. Member nak buat laporan polis tetapi kasihan sebab dia budak lagi," tulisnya. 

Gambar dan video yang dimuat naik itu telah dikongsi 7,236 pengguna Facebook.

















Justeru orang ramai diingatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer pelajar tingkatan 4 ini. - The Reporter
'Tolonglah bang, jangan report polis' - Scammer 'Tolonglah bang, jangan report polis' - Scammer Reviewed by Editor on 11:39 AM Rating: 5