'WTV1523 dah langgar lari kereta kakak saya'


Aduan dari Willy Tan

Pagi tadi, kereta kakak saya yang diparkir di depan rumah telah dilanggar lari. Sebelum kejadian itu, dia nak ambil barang dalam kereta dan menyedari ada sebuah kereta yang sedang mengundur dengan laju lalu melanggar keretanya. 

Pemandu kereta itu tidak menyedari kakak saya berada dalam kereta tersebut dan menyangka tiada sesiapa yang menyaksikan kejadian itu terus berlalu pergi meninggalkan kakak saya yang masih berada dalam keadaan terkejut. 


Tolong saya sebarkan post ini agar pemilik kenderaan WTV 1523 sedar akan kesilapannya. Jangan sangka ia hanya sekadar kemalangan kecil yang boleh diabaikan. 

Untuk pengetahuan, kakak saya terpaksa tanggung kos membaiki kereta dan kecederaan yang dialaminya dek kejadian itu. 
'WTV1523 dah langgar lari kereta kakak saya' 'WTV1523 dah langgar lari kereta kakak saya' Reviewed by Editor on 11:44 AM Rating: 5