'Ya, saya sudah bernikah' - Jamal Abdillah


KUALA LUMPUR - Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah, 58, hari ini mengesahkan bahawa dia sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat, lapor Harian Metro

Terdahulu, dakwaan Jamal Abdillah sudah bernikah tersebar di media sosial dan individu yang memuat naik kenyataan itu meminta orang ramai menunggu penyanyi itu mengumumkan perkara itu sendiri kepada pihak media. 

"Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu, tidak perlu tanya lebih-lebih," katanya melalui WhatsApp kepada Harian Metro

Jamal dilaporkan melangsungkan pernikahannya kira-kira dua bulan lalu bersama gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah dalam majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. 

Difahamkan, ini adalah pernikahan kali keempat Jamal selepas bercerai dengan Fatimauzahra Samad pada 15 Mei 2007. 

Perkahwinan pertamanya dengan Basariah Abdul Latiff pada tahun 1988. Selepas bercerai dengan isteri pertama pada tahun 1996, Jamal berkahwin untuk kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak, Osama Yamani. 

Manakala perkahwinannya dengan Fatimatuzahra, Jamal dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani.

Sementara itu di media sosial, netizen tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Jamal dan mendoakan hubungan pasangan itu bahagian dan berkekalan. - The Reporter
'Ya, saya sudah bernikah' - Jamal Abdillah 'Ya, saya sudah bernikah' - Jamal Abdillah Reviewed by Editor on 10:34 PM Rating: 5