25 penumpang bot lemas selepas gagal pakai jaket keselamatan


COLOMBIA - Sebuah bot yang membawa seramai 150 pelancong karam menyebabkan beberapa penumpangnya lemas selepas gagal menyelamatkan diri, lapor Daily Mail.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya 25 orang yang lemas selepas mereka gagal memakai jaket keselamatan.

Sementara itu, pihak polis pula mengesahkan hanya tiga orang yang lemas, manakala 30 lagi penumpang masih hilang dan belum dapat dikesan. 

Dalam video tersebut, para penumpang bot berkenaan dilihat berebut-rebut naik ke bahagian dek atas bot sebaik saja bot itu mula tenggelam. 

Juga kelihatan beberapa buah jet ski dan bot berhampiran segera menghampiri bot karam itu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terapung di permukaan air. 


Presiden Colombia, Juan Manuel Santos telah mengarahkan pihak berkuasa memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa bot karam itu. 

Jalan raya ke kawasan kejadian itu juga telah dikosongkan untuk memberi laluan kepada pihak keselamatan tiba di lokasi kejadian untuk memberi bantuan. 
25 penumpang bot lemas selepas gagal pakai jaket keselamatan 25 penumpang bot lemas selepas gagal pakai jaket keselamatan Reviewed by Editor on 9:05 AM Rating: 5