Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    3 lelaki bersenjatakan parang rampas Nissan X-Trail


    KUALA LUMPUR - Tiga lelaki melayu bersenjatakan parang dilaporkan telah merampas sebuah kereta jenis SUV dari pemiliknya, semalam. 

    Dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di Jalan Sentul, mangsa yang baru saja keluar dari keretanya Nissan X-Trail, tiba-tiba didatangi sebuah kereta Toyota Vios nombor pendaftaran WQF6198.

    Seorang suspek berbaju hijau keluar dari tempat duduk belakang membawa parang lalu mengugut mahu mencederakan mangsa. 

    Bimbang dicederakan, mangsa mengundurkan diri dan membiarkan suspek mengambil keretanya sebelum seorang lagi suspek keluar untuk membawa keluar kereta mangsa. 

    Bagaimanapun usaha suspek terhalang apabila suspek tidak tahu bagaimana mahu menghidupkan enjin kenderaan itu. 

    Menurut adik mangsa yang memuat naik video kejadian itu di Facebook, Yati Dbahri, berkata, selain kereta dirampas, barang-barang seperti dompet, wang tunai, komputer riba dan beberapa lagi barang-barang berharga yang lain di dalam kereta turut dilarikan. 

    "Alhamdulillah abang saya selamat dalam kejadian semalam. Sehingga kini kesemua suspek masih belum ditangkap bersama dengan kereta yang dirampas. 

    "Ketika kejadian, suspek membawa kereta Toyota Vios berwarna kelabu yang mungkin menggunakan nombor pendaftaran palsu," tulisnya. 

    Yati meminta orang ramai yang menyebarkan video tersebut agar kesemua suspek kes samun itu dapat ditangkap. 

    Video yang dimuat naik sejak sembilan jam lalu telah ditonton 177,385 kali, dan dikongsi 1,918 pengguna Facebook. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.