Didakwa cabul penumpang, Pemandu Uber mengaku tidak bersalah


GEORGETOWN, PULAU PINANG - Pemandu Uber yang didakwa mencabul penumpang wanitanya Selasa lalu didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini, lapor Harian Metro

Tertuduh, Muhammad Sukri Ramli, 30, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Catherine Nicholas. 

Mengikut pertuduhan, Sukri didakwa menggunakan kekerasan terhadap penumpangnya, Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan maksud untuk mencabul ketika dalam perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll, jam 3.56 petang, 6 Jun yang lalu. 

Sukri didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjaran maksimum 10 tahun, atau denda atau sebat ada mana-mana daripada dua hukuman itu. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin dan mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula. 
Didakwa cabul penumpang, Pemandu Uber mengaku tidak bersalah Didakwa cabul penumpang, Pemandu Uber mengaku tidak bersalah Reviewed by Editor on 4:13 PM Rating: 5