Ditamatkan perkhidmatan buat selama-lamanya


KUALA LUMPUR - Padah menabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri, syarikat Grab telah mengambil tindakan terhadap pemandunya yang didapati telah mengutuk dua pelancong dari China. 

Pengurus Komunikasi Grab Malaysia, Regina Robin mengesahkan bahawa syarikat Grab tidak akan membiarkan perbuatan seperti itu terjadi dan sudah menamatkan perkhidmatan pemandu terbabit buat selama-lamanya. 

Semalam, viral di media sosial pemandu berkenaan mengutuk dua pelancong China dalam bahasa Malaysia. Dalam video berdurasi 1 minit 6 saat itu, pemandu terbabit berkata, 

"Si bengal dua orang ni, pakai baju belang macam Zebra ni, aku rasa macam nak tepuk je kepala dia. Seronok beb dapat customer China," katanya. 

Di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki itu yang dianggap sangat tidak wajar dilakukan dan telah mencemarkan imej Malaysia. 

Laporan berkaitan: