Imunisasi? Nak cucuk ke tak?
Loading...
Imunisasi dapat mencegah dan mengurangkan kadar kejadian penyakit cegahan vaksin dan sangat kos efektif. Komplikasi akibat penyakit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak seperti kecacatan kekal dan kematian dapat dielakkan. Sistem imun badan yang dibina melalui imunisasi dapat mencegah atau mengurangkan kesan sampingan atau komplikasi yang teruk akibat jangkitan penyakit cegahan vaksin.
Salah faham yang biasa berlaku dalam kalangan ibu bapa mengenai imunisasi adalah seperti:
- Imunisasi tidak berkesan.
- Anak tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.
- Anak boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.
- Imunisasi adalah tidak selamat - risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri.
Bagaimanapun kesemua tanggapan di atas adalah tidak benar. Masih terdapat penyakit berjangkit di Malaysia. Mengasingkan anak dari kanak-kanak lain juga tidak digalakkan. Bakteria atau virus penyakit berjangkit bukan hanya dibawa atau disebarkan oleh kanak-kanak, bahkan orang dewasa.
Imunisasi adalah selamat dan kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya.
Antara penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi serta komplikasinya jika tidak dirawat:
Anak anda perlulah diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Senarai penyakit di atas boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk dan membawa maut.
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Baru Kementerian Kesihatan Malaysia. Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru. Sekiranya anak anda tercicir daripada mendapatkan imunisasi, segeralah bawa anak anda ke klinik.
Imunisasi adalah selamat. Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya. Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38'C), ruam di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku. Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan, bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera.
Bolehkah lebih daripada satu imunisasi diberi dalam satu masa?
Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.
Bolehkah imunisasi diberikan semasa anak saya sakit?
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selesema.
Bolehkah imunisasi diberikan jika anak saya dilahirkan pramatang?
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisai yang ditetapkan walaupan dilahirkan pramatang.
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi bagi memastikan mereka sihat dan bebas dari penyakit berjangkit.
#JanganLupaCucuk
#LengkapkanImunisasi
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi bagi memastikan mereka sihat dan bebas dari penyakit berjangkit.
#JanganLupaCucuk
#LengkapkanImunisasi
Post a Comment