'Kan dah cakap boleh basuh pinggan' - Netizen tetap tak puas hati


TWITTERJAYA - Viral di laman Twitter, seorang individu yang menggunakan nama @amrhdzmn, mempersoalkan apakah pemakai baju yang nampak lawa ini boleh membasuh pinggan?

Menyedari baju rayanya viral di media sosial, Hijabista Hub kemudian mengeluarkan kenyataan berikut pada 1 Jun lalu:

"Di Twitter dan Facebook, viral pasal baju raya Marre Pleated Kurung ini 'lawa tapi macam mana nak basuh pinggan'. 

"Kalau nak tahu, di dalamnya ada full inner (lengan panjang). Jadi, bukannya terangkat terus tak ada apa-apa di dalam. 

"Bukan setakat basuh pinggan, nak pergi bakar lemang, tebang buluh, buat lemang pun boleh tau," seloroh pengendali akaun Instagram berkenaan dua hari yang lalu. 

Dua hari yang lalu, Hijabista memuat naik video yang membuktikan bahawa pemakai baju kurung tersebut boleh membasuh pinggan. Bukan itu sahaja, malah dalam video itu menunjukkan modelnya dapat menyapu, pasang lampu pelita dan juga naik basikal tanpa sebarang masalah. 

A post shared by HIJAB FASHION (@hijabista.hub) on

Video yang dimuat naik Hijabista Hub itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang rasa geli hati dengan 'serangan balas' itu, tidak kurang juga masih ada yang tidak berpuas hati. 


Namun, apa pun reaksinya, setidak-tidaknya pihak Hijabista Hub telah memberikan respon yang terbaik untuk netizen. Kalau diam dan tak respon pun, susah juga, kan?