Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Mengalir air mata melihat makanan berbuka yang disedekahkan anak-anak tahfiz


    Allahu, sedih melihat makanan yang disedekahkan kepada anak-anak tahfiz ini. Bukan tidak bersyukur, tetapi bukankah lebih baik jika makanan itu diberikan dalam keadaan yang baik, bukannya sisa-sisa. 

    Seperti yang dikhabarkan oleh Al Faqir Hamidi, 30 Mei lalu. Pihak guru dan pengurusan tahfiz hampir mengalirkan air mata melihat makanan yang disedekahkan itu. 

    "Inilah rezeki moreh anak-anak tahfiz yang acap kali terjadi. Tetapi dunia luar kurang maklum. 

    "Kuih muih yang tidak habis dijual di bazar, dihantar ke madrasah-madrasah dalam keadaan si penjual berebut-rebut hendak pulang berbuka. 

    "Para pelajar tetap bersyukur kerana mereka dididik begitu. Tetapi kami para guru dan pengurusan hampir mengalirkan air mata.

    "Saya amat menyarankan jika anda hendak memberi sesuatu seperti makanan khususnya, berilah yang terbaik untuk anak-anak ini. Belilah atau berilah yang segar dan bukan sisa-sisa. InshaAllah pasti rezeki anda berkat dan dilimpahi rahmat," tulisnya di Facebook. 

    Semoga menjadi peringatan buat kita semua. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.