Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Pemandu Grab maut dirempuh lori


    RAWANG, SELANGOR - Viral rakaman video 'dashcam' kemalangan maut yang melibatkan kereta pemandu Grab dirempuh lori, semalam. 

    Dalam kejadian petang semalam di Jalan Rawang-Kuala Selangor, mangsa yang berkerja sebagai pemandu Grab baru saja pulang dari menghantar penumpangnya.

    Ketika perjalanan pulang, kereta Perodua Myvi kelabu yang dinaiki mangsa dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan. 

    Berdasarkan rakaman video tersebut, lori tersebut dilihat dipandu dengan laju sebelum terbabas sendiri lalu merempuh bahagian depan kereta mangsa dan kereta di belakangnya. 

    Menurut sumber, mangsa maut di tempat kejadian. 


    "Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pemandu Grab dari Country Home Rawang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan selepas menghantar rider petang semalam. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka-mereka yang soleh," kata sumber. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.