Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Terukir senyuman di wajah adik ini melihat abangnya datang membawa juadah berbuka


    Gambar-gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini sejak jam 3.52 pagi tadi membuatkan netizen rasa sebak dan tidak putus-putus mendoakan dua beradik ini dilindungiNya. 

    Perkongsian dari Presiden Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Muhammad Jantan, membuatkan hati netizen terusik. Mana tidaknya, pada usia yang masih kecil, dua beradik ini hidup sebagai pelarian dan mungkin juga telah kehilangan kedua ibu bapanya. 

    "Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia, telah memberi satu kesan pada diri saya. 

    "Saya lihat, si adik menanti abang dia yang datang dengan wajah yang penuh dengan harapan. Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah wajah si adik terus berubah menjadi sangat gembira. 

    "Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman di wajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, yang juga mungkin telah kehilangan kedua-dua orang tuanya. 










    "Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka. Tingkah laku mereka ini secara tidak langsung telah membuatkan saya rasa, 

    ""Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah" 

    "Maafkan kami adik, kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar," tulis Muhammad di Facebooknya.

    Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan nikmati hari ini. Semoga mereka diberikan kekuatan untuk terus hidup dan kesenangan di masa akan datang. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.