Allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit kencing tikus


PUTRAJAYA - Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dilaporkan meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, adalah berpunca daripada penyakit kencing tikus (Leptospirosis), lapor Harian Metro

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin bukan meninggal dunia berpunca dari penyakit itu, bukannya trauma dan kecederaan. 

"Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya hari ini. 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu. Proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian yang dilakukan pada jam 6 petang hari yang sama Allahyarham Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia. 

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuduh bagi menyiasat kes ini," katanya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan berdasarkan laporan perubatan itu. 

"Polis juga akan mendapat arahan lanjtu daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya. 

Sebelum ini, seorang pembantu warden madrasah tahfiz berkenaan didakwa mendera Allahyarham Mohamad Thaqif Amin ditahan pada 22 April mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. 

Namun pembantu warden itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu. 

Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar tahfiz itu sebagia kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.