'Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?' - Peniaga produk kecantikan, berhenti buat 'Copywriting Sampah'


Pernah melihat iklan-iklan produk kecantikan yang dipromosikan di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pada awalnya, mungkin netizen yang tidak kisah. Iyalah, masing-masing mahu mencari pendapatan secara online. Tidak salah berbuat demikian.

Malangnya, ada segelintir peniaga yang tanpa segan silu menggunakan ayat yang tidak bersesuaian atau melampau sehingga menimbulkan rasa kurang selesa netizen.

"Diorang ni nak jual produk ke nak suruh pelanggan jadi gila seks??"

Justeru, Puan Sharifah Zahidah tampil memberi teguran kepada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. Berubahlah wahai peniaga-peniaga berkenaan, jangan kerana nak cepat kaya, sanggup guna cara atau taktik menakut-nakutkan pengguna yang akhirnya terperangkap dengan mainan kata-kata anda.

UGUTAN bahawa 'suami cari lain' bila isteri dah tak cantik, perut tak ramping, alignment lari, body tak lawa - selepas isteri melahirkan anak dan bertambah usianya, adalah ugutan yang paling kejam dan membodohkan kaum wanita itu sendiri. 

Kalau kita penjual produk kewanitaan, sama ada produk kecantikan, produk jamu, produk pemulihan badan dan tenaga atau apa jua produk kewanitaan, tolonglah perbaiki copywriting dan elakkan guna ayat yang merendah-rendahkan martabat kaum wanita. 

CONTOH:

"Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?" atau;

"Pinggang lebar selepas czer, nanti suami usha perempuan lain. Sis jangan salahkan suami tau, sebab sis yang salah!" atau;

"Kulit berkedut, suami complaint isteri tak pandai jaga diri. Sis tak malu ke depan suami?" atau;

"Body tak cantik, suami simpan gambar anak dara dalam handphone sebab tak selera tengok isteri sendiri. Wake up sis! Do something! Kasihan suami sis itu!"

??*&%-@#//^&)(*^?!!###@!!


Tanpa ingin mengulas panjang, saya mahu nyatakan bahawa contoh copywriting di atas adalah COPYWRITING SAMPAH yang amat merendah-rendahkan darjat wanita yang tujuan penciptaannya adalah lebih mulia dari sekadar menjadi boneka bernyawa. Belajar buat copywriting yang lebih sesuai dipadankan dengan taraf dan darjat wanita. 


BERHENTI TANAM INSECURITIES DALAM DIRI WANITA!

Insecurities ini adalah agenda yang paling banyak dimainkan Beauty Industries sebab insecurities inilah yang membawa billions and billions of money kepada orang-orang tertentu dan di saat mereka hidup dengan timbunan wang yang menggila, para wanita menanggung derita dan air mata hanya kerana berusaha bagai nak gila repair sana sini, adjust sana sini, sakit sana sini agar diri mereka diterima masyarakat setelah dia berjaya memenuhi definisi 'cantik' yang kebanyakannya tidak logik!

Apabila nak berniaga produk kewanitaan, sebaiknya buat ayat yang lebih baik dan lebih fokus kepada menyelesaikan masalah berbanding mencipta insecurities.

Kita mahu wanita membeli produk kita sebab mereka menghargai diri mereka. Bukan sebab mereka rasa diri hilang harga atau tidak berharga. Manalah perempuan tak murung sekarang. Sana sini bagi tekanan pada mereka. Saya pun boleh juga murung hari-hari sana sini membaca ugutan seperti itu. 

#sebelumsenja

'Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?' - Peniaga produk kecantikan, berhenti buat 'Copywriting Sampah' 'Aset kecil, suami lari. Sis tak takut ke?' - Peniaga produk kecantikan, berhenti buat 'Copywriting Sampah' Reviewed by Editor on 3:46 PM Rating: 5