Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat 8-9 Ogos


KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 8 pagi pada 8 Ogos sehingga jam 12 tengah hari, 9 Ogos, lapor Harian Metro. 

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi. 

Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Bangi adalah seperti berikut:
  1. Taman Wawasan
  2. Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
  3. Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
  4. Seksyen 3, 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  5. Seksyen 14, Bandar Baru Bangi
  6. Seksyen 15, Seksyen 15 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  7. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
  8. Kawasan Perindustrian Seksyen 13
  9. Desa Mahkota Bangi
  10. Taman Bangi Villa
  11. Taman Bangi Indah
  12. Pekan Bangi Lama
  13. Kampung Bangi
  14. Rumah Murah PKNS Bangi
  15. Bangi Estate
  16. Kampung Aman Bangi
  17. Taman Sri Bangi, Bangi Lama
  18. Taman Angsana
  19. Kampung Batu 2, 3, 5, Jalan Bangi
  20. Kawasan Industri Batu 1
  21. Kawasan Industri Batu 2
  22. Kawasan Industri Batu 3
  23. Kampung Rinching Hilir
  24. Bangi Gateway
  25. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
  26. Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi
  27. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
  28. Taman Jernang Jaya
  29. Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Bangi
  30. ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  31. Akademi Percukaian Malaysia
  32. Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Pusat Membeli-belah Bangi Utama dan kawasan komersial Medan Bangi
  33. Bandar sri Putra
  34. Taman Impian Putra
  35. Bandar Bukit Mahkota
  36. Bangi Avenue
  37. Kolej Universiti Islam Selangor
  38. Mutiara Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra 

"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017," kata kenyataan Syabas di laman webnya. .

Kawasan yang lain turut terjejas ialah Beranang dan sekitar kawasan Semenyih. Pengguna diminta merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat lanjut.
Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat 8-9 Ogos Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat 8-9 Ogos Reviewed by Editor on 3:50 PM Rating: 5