'Hutang RM200 bila nak bayar? Dah 8 tahun ni'


Pandai berhutang, pandailah bayar. Itu pesanan yang selalu kita dapat bila berhutang dengan orang sama ada dengan ahli keluarga sendiri, saudara mara dan kenalan. Namun, ada juga jenis manusia yang mulutnya manis, berjanji bulan dan bintang bila nak meminjam. Tetapi bila tiba waktu nak bayar, menyorok, mendiamkan diri dari penuntut hutang. 

Bagus ke buat perangai begitu? Jika mengikut cara Syaikha Nuwaira, ianya kelihatan agak 'kejam' sikit. Tetapi tanam kata-kata ini di kepala, "Lebih kejam lagi orang yang berhutang tak reti nak bayar hutang sehingga menyusahkan orang." 

Uihhh, dah pinjam tu, pandai-pandailah bayor balik. Orang mintak leklok, macam tunggul kau buat aku. Aku buat cara camni, tau marah. Tak sampai lima minit bagi respon. Boleh pula tanya apa masalah aku. Pastu cara jawab macam aku pula yang berhutang.

Alahai hanatnye perangai. Aku tak pernah minta kau bayar sekaligus der. Rm10 sebulan pun aku terima weyh. Yang buat aku lagi bengang, kau senyapkan diri. Eh? Kita pula yang nak kena merayu-rayu kat dia.

Sayanglah weyh, kita kawan dah lama kot. Since darjah 1, sama-sama sekolah teknik lagi. Hal duit ni kau nak lari-lari dari aku. Aku minta hak aku balik, dimarahnye. 

Tak payah nak sembang. Alaa, dua ratus (baki dari RM400) saja pun. Bukannya dua ribu. Kalau tahu dua ratus saja, tak reti-reti guna duit sendiri ke masa mula-mula pinjam dari aku? Kalau tahu dua ratus saja, tak reti-reti nak bayar balik ke? 

Cara-cara menuntut hutang:
  • Literally comment on ALL of his/her posts reminding about the debt
  • Wait until he/she respond
  • If no response, oh well, I've never gotten to this part

Koba an den cito lobih, dio yang nyembang itu ini. Tak sodar diri. Kemain cakap 'sekarang juga aku bank in'. Puii lahaii. 

Bukan tak nak halalkan ke apa, tetapi dengan attitude kau begitu, kau fikir aku boleh sejuk hati ke nak halalkan? No way man. Ye aku dapat pahala kalau halalkan, tetapi aku tak dapat dosa pun kalau tak halalkan. Orang itu je yang terseksa nanti kalau tak halalkan. 

For those yang curious, dah malam ni (19 Julai 2017), baki duit di akaun bank aku masih tak berubah lagi weyh. Minta nombor akaun dah beria dah. Siap tak peduli lagi bila aku cakap aku tengah meeting. 

p/s: for the photos below, please refer the date



















Semoga menjadi pengajaran buat kaki-kaki hutang. 
'Hutang RM200 bila nak bayar? Dah 8 tahun ni' 'Hutang RM200 bila nak bayar? Dah 8 tahun ni' Reviewed by Editor on 12:21 PM Rating: 5