Ini punca wang kita selalu 'bocor'


Banyak keputusan kewangan yang kita lakukan hanya dengan mendengar nasihat kawan atau ikut-ikutan sahaja. Tanpa anda sedar, ini semua menelan duit kita secara perlahan. 

1. Keahlian Gym yang mahal, tetapi perginya hanya sebulan sekali. Kita daftar sebab kad ahli yang cantik dan menawan. 

2. Beli insuran hayat atau takaful yang mahal, sedangkan anak yang bergantung harapan belum ada.

3. Melanggan Astroa 'full Channel', namun hanya menonton channel bola bila di hujung minggu sahaja. 

4. Beli Honda Sidek baru tetapi balut dengan plastik dan pergi kerja naik motosikal. Jimat katanya. 

5. Beli sebidang tanah dan dibiarkan kosong berpuluh tahun. Cadangnya, bila pencen kelak, nak bina sebuah rumah yang ada kolam renang, katanya.

6. Masih bujang, tetapi menyewa satu rumah tiga bilik, dua bilik air dan tinggal seorang diri. Kalau ramai-ramai duduk satu rumah, tak selesa katanya.

7. Sudah bertahun membeli rumah tetapi tidak diduduki dan tidak pula disewakan. Kerana takut kelengkapan yang ada dalam rumah, rosak katanya.

8. Buat pembiayaan peribadi RM20,000 untuk belanja majlis kahwin yang meriah sebab berpegang pada falsafah, "Kahwin itu hanya sekali, biar meriah berkali-kali".

9. Dapat duit pencen, ubahsuai rumah dan besarkan seperti astana. Siap ada kolam dan menara tinggi. Tetapi hanya hidup berdua sahaja. 

10. Ada simpanan KWSP, tetapi tidak dimanfaatkan untuk rumah pertama. Nak guna bila pencen, katanya. 

11. Rajin tukar kereta baru setiap kali model baru dilancarkan. Alasannya demi keselamatan dan keselesaan. 

Banyakan tindakan yang membuang duit kita. Tetapi kita tidak sedar atau kita buat-buat lupa. 

Gegadis suka jika kita pinang mereka, kerana itu akan menjadi punca pintu rezeki dibuka. 

Carilah punca mengapa kita tidak kaya-kaya. Kongsikan dan bagi kawan-kawan lain faham.