Jangan buang plastik pampers Drypers! Collect point dan redeem banyak hadiah percuma!


Assalamualaikum. Rajin nak sharing sikit pagi ini. Bagi mereka yang sudah tahu, tak apa. Cuma nak kongsi informasi yang baik ini, mungkin ada ibu bapa yang menggunakan lampin pakai buang jenama Drypers ini belum tahu. 

Bagi ibu bapa pengguna tegar lampin pakai buang jenama Drypers, pastikan plastik beg itu jangan dibuang. Ini sebab korang boleh collect point dan redeem banyak hadiah percuma! 

Bayangkan kalau anak korang dari usia bayi sampai umur dua atau tiga tahun masih pakai pampers jenama Drypers, berapa banyak point yang korang boleh dapat? Itu kalau seorang, kalau ada tiga atau empat orang anak? Banyak point yang boleh dikumpul. 

Kira berbaloi jugalah kan daripada terbuang begitu sahaja, kan? Hehe! 

Bagaimana nak redeem? Sila rujuk gambar-gambar yang disertakan di bawah. Selamat mengumpul ya! 


1. Plastik beg Drypers


2. Potong dan cari kod di bahagian dalam plastik. 


3. Kemudian, layari laman www.drypers.com.my dan daftar. 


4. Klik butang redeem code.


5. Kemudian masukkan nombor kod yang diperolehi pada plastik beg Drypers masing-masing. 


6. Pergi ke bahagian laman utama, klik Point Shop.


7. Pilihlah barang-barang yang dikehendaki mengikut jumlah point korang yang terkumpul.