Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat 18 selepas di-prank rakannya


HUNAN, CHINA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilaporkan maut terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya, lapor Shanghaiist

Dalam kejadian minggu lalu, mangsa bernama, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dengan dua orang rakannya ke tingkat 9.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi. 


Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup. 



Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.



Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa secara tidak sengaja terjatuh dari ketinggian 18 tingkat dan maut di tempat kejadian. 


Tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalah kanak-kanak lelaki itu menjadi punca kematian mangs, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka.