Pemilik rumah sewa rugi lebih dari RM2,500 dek penyewa pengotor


KUALA LUMPUR - Lagi kes penyewa menganiaya pemilik rumah viral di media sosial. Kali ini, pemilik rumah mengalami kerugian lebih dari RM2,500 seperti yang diceritakan oleh anaknya. 

"Mak aku kena lagi teruk beb. Sewa dua bulan tak bayar. Bil elektrik RM2,000 lebih, bil air RM500. Ditambah pula dengan keadaan rumah yang ditinggalkan begini. penat nak bersihkan," kata Jue

Keadaan dalam rumah sewa ibu Jue, penuh dengan sampah sarap
Menurut Jue, bil elektrik yang tertunggak lebih dari RM2,000 itu adalah bil beberapa bulan yang tidak dijelaskan. Apabila cuba mendapatkan penjelasan dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), mereka memberikan jawapan 'terlepas pandang' sehingga bil elektrik mencecah lebih dari RM2,000. 

"Banyak bulan jugalah, menangis beb pergi bayar. TNB call, kemudian mereka kata terlepas pandang sampai RM2,000. Mereka tak tahu rumah itu adalah rumah sewa," katanya. 

Dapur yang sepatutnya dalam keadaan bersih, 'diubah' mengikut tema Jumanji.
Disebabkan penyewa yang tidak bertanggungjawab itu, bapanya terpaksa menyewa khidmat sebuah lori untuk membuang segala sampah yang ditinggalkan oleh penyewa. 

Sampah, pakaian, seluar dalam dan pad yang mempunyai kesan darah dibuang begitu saja dalam tandas
"Ayah aku terpaksa sewa lori, empat kali round pergi buang sampah seperti spender, pad berdarah, bra semua dalam keadaan lembab dan mereput di dalam bilik air. 

Di belakang rumah pula dah jadi sarang pembiakan nyamuk dan tempat perlupusan sampah
"Orang yang sewa ini pun kerja cleaner. Mak bagi sewa sebab harga sewa murah dan mereka satu keluarga orang susah. Tetapi begini cara dia membalas budi? Tak tahulah mereka mereka tinggal (dalam keadaan kotor seperti ini). Keluarga kot?" katanya. 


Walaupun rumah sewa dijahanamkan seperti itu, ibu kepada Jue redha dengan apa yang berlaku. 

Inilah risiko yang perlu dihadapi oleh pemilik rumah sewa. Sebaik-baiknya, pantaulah keadaan rumah sewa sebulan sekali bagi mengelakkan rumah sewa dari terus dijahanamkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Berita berkaitan: