Rakyat Malaysia dikecualikan dari Cukai Pelancongan


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan untuk memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas rakyat Malaysia berkuatkuasa 1 Ogos ini, lapor Astro Awani.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, cukai pelancongan itu hanya  akan dikenakan terhadap pelancong asing pada kadar rata RM10 bagi semua kelas hotel.

Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan dikenakan cukai tersebut apabila menginap di mana-mana hotel bertaraf lima bintang hingga hotel tiada bintang, mahupun homestay.

"Saya sebut dengan jelas iaitu bahawa, kita (kerajaan) mengenakan RM10 flat dari hotel lima bintang hingga hotel tiada bintang kepada pelancong asing.

"Jelas saya sebut tadi bahawa, rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai pelancongan ini dan mereka dikecualikan dari hotel lima bintang hingga hotel tiada bintang.

"Ini adalah hasil daripada perjumpaan dan kita bincang dan kita dengar pandangan mereka. Kita bersimpati dan kita mengambil keputusan ini," katanya di Dewan Parlimen hari ini.
Rakyat Malaysia dikecualikan dari Cukai Pelancongan Rakyat Malaysia dikecualikan dari Cukai Pelancongan Reviewed by Editor on 12:33 PM Rating: 5