'Selepas buka parcel yang entah siapa yang hantar itu, badan saya menjadi lemah'


Sentiasalah beringat apabila menerima bungkusan yang tidak diketahui siapa pengirimnya. Boleh jadi daripada orang yang tidak bertanggungjawab, yang ingin melihat kita sengsara. Bagi sesetengah orang, mungkin perkongsian dari mangsa ini agak tidak masuk akal. Namun, tidak salah untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

BERHATI-HATI, ini pengajaran untuk diri sendiri juga. Saya bukannya reti nak lukis, jadi saya tulis benda yang betul-betul terjadi pada diri saya. 

Parcel ini saya dapat awal puasa yang lalu. Mula-mula hairan, yelah saya tak order apa-apa pun pada masa itu. Nama sender tak jelas, alamat entah apa-apa. 

Saya pun bukalah sampul itu. Apa yang ada di dalamnya? Kosong. Ye, kosong. Tetapi satu bau yang sangat wangi muncul menerpa hidung. 


Satu malam semua orang tegur saya wangi semacam. Bila saya berpeluh, bau itu menjadi semakin kuat. 

Keesokannya bila saya bangun, badan saya jadi lemah sangat. Kebiasaannya saya okay tetapi hari itu saya rasa lain dan begitu juga pada hari-hari berikutnya. Saya jadi orang lain. 

Ramai juga kawan-kawan Facebook, sekitar, tempat kerja yang tegur saya dah berubah. Tetapi apa saya boleh buat? 

Saya jadi pelupa, semangat saya memang tak ada, jiwa saya kosong. Satu hari saya rasa sangat panjang. Semalam saya rasa seperti sudah tiga hari berlalu. Saya berubah menjadi tidak gemar bercakap dengan orang, suka duduk dalam gelap. 

Sebelum ini saya suka tolong orang yang ada masalah, perlukan duit bagai. Tetapi kali ini saya boleh marah sebab asik minta dari saya. 

Saya tak suka makan, cuma suka minum sebab badan saya panas. Macam tak masuk akal, kan? Sebab awak belum kena. Saya yang sudah terkena ini, rasa sakitnya. 

Bab relationship dan keluarga, saya tak nak sentuh sebab ia agak peribadi sikit. Cukuplah sekadar saya kata yang saya hampir kehilangan semuanya. 

Saya bukan tak percaya pada benda tahyul tetapi benda itu sudah berlaku dan terjadi pada saya. Mula-mula memang saya tidak sedar benda ini berlaku. Alhamdulillah sekarang saya dah okay. Boleh bawa perasaan tenang itu datang kembali. Terima kasih kepada mereka yang merawat saya. 

Selepas ini, kalau dapat parcel daripada pengirim yang tidak dapat dikenalpasti, semaklah terlebih dahulu. Kita tidak kenal siapa musuh kita, siapa yang cemburu dengan kita. 



Saya tak nak memperbesarkan perkara ini, cuma mengingatkan semua agar berhati-hati sebab saya sudah tahu siapa yang hantar. Tetapi saya tak simpan dendam. 

Jadi, alamat kediaman, nama penuh dan yang sewaktu dengannya kalau boleh sila rahsiakan sikit. Jangan jadi seperti saya, sehingga ditimpa masalah seperti ini. 

'Selepas buka parcel yang entah siapa yang hantar itu, badan saya menjadi lemah' 'Selepas buka parcel yang entah siapa yang hantar itu, badan saya menjadi lemah' Reviewed by Editor on 12:30 PM Rating: 5