Wanita sarat mengandung terbabit dalam kemalangan dan koma, meninggal dunia


JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang sarat mengandung, meninggal dunia selepas koma beberapa hari yang lalu, selepas dia dan suaminya terlibat dalam kemalangan berdekatan Stesen Petronas Majidee, baru-baru ini.

Menurut ahli keluarganya, Noralina Basiron, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah.

Terdahulu, Mohd Juwaidi, saudara kepada suaminya, Ahmad Lutfi, memuat naik status di Facebook yang kesal dengan tindakan pihak polis melepaskan individu yang melanggar kenderaan pasangan itu.

"Mana keadilan dalam Malaysia ini? Baru-baru ini, saudara saya, Ahmad Lutfi dan isterinya, Noraliza Basiron, terlibat dalam kemalangan berdekatan dengan Stesen Petronas Majidee. Dia dan isterinya yang sedang mengandung dilanggar.

"Akibat dari kemalangan itu, isteri dia mengalami pendarahan dalam otak dan masih koma di Hospital Sultanah Aminah. Malah terpaksa membuat pembedahan untuk lahirkan anak.

"Sementara itu, suaminya pula masih terlantar di Hospital Sultan Ismail kerana tulang bahu dan tulang rusuknya retak, serta paru-parunya ada masalah," tulisnya. 

Menurut Juwaidi, bagaimanapun individu yang terlibat dalam kemalangan itu dilepaskan oleh pihak polis atas alasan individu itu tidak bersalah. Dalam laporan polis yang dibuat oleh individu itu juga menyatakan bahawa saudaranya yang bersalah. 

"Saudara saya di jalan utama (jalan lurus), individu itu pula di jalan Pusingan U. Dia boleh cakap saudara saya yang berada di jalan utama itu sepatutnya berhenti untuk memberi laluan kepadannya untuk membuat Pusingan U.

"Apa ke gila undang-undang sekarang?  Sepatutnya kenderaan yang berada di jalan Pusingan U, nak masuk ke jalan utama perlu berhenti dan hanya boleh membuat Pusingan U bila tiada kenderaan di jalan utama," katanya. 

Juwaidi kesal, individu terbabit dilepaskan begitu sahaja, malah dia turut menghantar peguamnya untuk menjelaskan bahawa saudaranya yang bersalah dalam kejadian itu menyebabkan mangsa tidak dapat melawan kes tersebut. 


"Saya cuma minta satu saja. Saya harap sangat tuhan akan melaknat selaknat-laknatnya orang yang bersikap seperti syaitan ini. Saya bukan buat cerita kosong di sini. Kalau tidak percaya, boleh ziarah saudara saya di Hospital Sultan Ismail, wad 6A, katil 16 untuk ketahui lebih lanjut," tulisnya. 

Tambahnya lagi, Ahmad Lutfi tidak dapat berjumpa dengan anaknya yang dilahirkan secara pembedahan itu kerana dia tidak boleh bergerak. Isterinya, Noralina, pula masih berada dalam keadaan koma. 



Dalam status itu juga, Juwaidi memaklumkan bahawa isteri Ahmad Lutfi itu telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


Menurut perkongsian status dari Facebook abangnya, jenazah Noraliza Basiron telah dikebumikan jam 9 pagi tadi di Tanah Perkuburan islam Mount Austin.

Gambar dan status terakhir yang dimuat naik oleh arwah Noralina Basiron, dua minggu yang lalu.

Takziah buat keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga keadilan dapat ditegakkan.
Wanita sarat mengandung terbabit dalam kemalangan dan koma, meninggal dunia Wanita sarat mengandung terbabit dalam kemalangan dan koma, meninggal dunia Reviewed by Editor on 10:53 AM Rating: 5