7 termasuk seorang bayi dirempuh kereta hilang kawalan


SYDNEY, AUSTRALIA - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta yang hilang kawalan merempuh tujuh pejalan kaki termasuk seorang bayi berhampiran sebuah pusat beli-belah di utara Sydney, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian jam 3.45 petang Sabtu lalu, kesemua mangsa yang tidak sempat melarikan diri dirempuh kereta terbabit, yang juga menyebabkan seorang ibu dan anaknya dalam stroller turut tercedera. 


Bagaimanapun lima mangsa termasuk bayi berusia 16 bulan itu tidak mengalami kecederaan yang serius dan dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di hospital. 

Manakala, seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki 33 tahun berada dalam keadaan stabil.



Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta terbabit yang berusia 50 tahun mengalami masalah kesihatan ketika memandu. 

Menurut saksi kejadian, Adam Young berkata, pemandu kereta itu kelihatan terlepas persimpangan sebelum terbabas lalu merempuh tujuh pejalan kaki berhampiran. 

"Dia memandu agak perlahan dan selepas itu terdengar jeritan mangsa-mangsa yang dirempuh. Dan kelihatan pemandunya sudah pengsan," katanya. 

Pasukan perubatan segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan perubatan terhadap mangsa yang mengalami kecederaan. 



Dalam kenyataan rasmi polis berkata, kejadian itu bukan disengajakan dan pemandu kereta terbabit masih berada di tempat kejadian. 

Pihak hospital juga enggan mendedahkan butiran perubatan mengenai pemandu berkenaan. 
7 termasuk seorang bayi dirempuh kereta hilang kawalan 7 termasuk seorang bayi dirempuh kereta hilang kawalan Reviewed by Editor on 5:22 PM Rating: 5