'Ahli syurga seperti saya tidak perlu rasa cemburu' - Wanita kesal dirinya gagal rampas suami orang


Assalamualaikum. Saya N, dari utara, berusia awal 40-an dan belum berkahwin. Mungkin belum sampai jodoh. 

Awal tahun 2017, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 30-an. Perkenalan di WeChat membawa kebahagiaan kepada saya. Bermula sebagai kakak dan adik, akhirnya saya terpaut pada sikapnya. Terus terang dia seorang yang tak ada rupa yang kacak tetapi hati dia baik. 

Setiap hari kami sentiasa berhubung. Indahnya dunia saya, adanya perhatian dari seorang lelaki. Setiap masa dia ada dengan saya walaupun hanya di hujung talian. Kami tidak pernah berjumpa sebab di berada di selatan. 

Satu hari, tergerak hati saya untuk stalk Facebook dia. Ternyata dia adalah suami orang dan di sisinya ada seorang wanita yang cantik dan anak-anak yang comel. Hancur hati saya pada waktu itu. Selama ini saya ingatkan dia bujang.

Saya screenshot Facebook dia dan hantar gambar itu kepadanya. Akhirnya dia mengaku yang dia adalah suami orang. Namun dia tidak bahagia kerana isteri tidak melayan dia dan membiarkan dia kesepian. Selain tidak hormat pada dia sebagai suami, malah isterinya juga tidak hormat pada ibu bapanya sebagai mertua. 

Menurutnya, perkahwinan mereka sudah masuk tahun ke lapan. Isterinya hanya menumpukan pada rumah tangga dan anak-anak sahaja. Kami merancang untuk membina singgahsana bersama dan saya sanggup mengikut dia ke tempatnya, menjaga orang tuanya dan anak-anaknya dan saya nyatakan seandainya kami berkahwin, saya mahu anak-anak dia bersama dengan saya. Ini kerana saya mampu menjadi isteri dan ibu yang baik demi rumah tangga kami yang bakal dibina.


Cukup tiga bulan perhubungan kami, saya diberitahu bahawa hubungan kami telah diketahui oleh isterinya. Ini kerana isteri dia terjumpa gambar saya di dalam telefon suami.Saya menyatakan bahawa saya ingin meneruskan hubungan kami walaupun hanya di telefon. Saya tegaskan yang saya tidak mahu berpisah dengan suaminya. Namun si dia menegaskan bahawa dia memilih isterinya berbanding saya. 

Alangkah hancurnya hati saya pada waktu itu. Namun saya tetap tidak berputus asa dan menghantar mesej pada dia dan berkasih sayang seperti kebiasaannya. Namun segala mesej saya dibalas dengan mesej yang sinis. Saya tahu pasti isterinya yang balas. 

Lama kelamaan, segala talian untuk saya berhubung dengannya telah diblock. Saya cuba menghubungi dia tetapi hampa. 

Semasa birthday dia, saya masakkan makanan yang sedap-sedap, segala makanan kesukaan dia. Saya post gambar di WeChat dan saya tahu dia akan melihatnya. Tetapi tiada satu pun balasan dari dia. 

Hari raya, saya post baju yang sama warna, seperti yang dia rancang bersama isteri dia. Namun bila tiba waktunya, saya tengok mereka pakai baju warna lain. 

Bila birthday anaknya, saya wish bagaikan itu anak saya dan sekali lagi saya masak sedap-sedap. Tetapi bila saya stalk Facebook dia dan isteri dia, ternyata mereka raikan birthday anak mereka di restoran yang mewah. 


Baru-baru ini saya stalk Facebook isteri dia. Dia buat sesuatu yang istimewa untuk isteri dia. Hancur hati saya tetapi saya tahu, sebenarnya dia buat untuk saya. Dia saja mengaburi mata isterinya. Saya terus buat apa yang dia buat untuk isteri dia agar saya dapat merasai perasaan yang dirasai oleh isterinya. 

Saya tahu perkahwinan mereka hanya sekadar hipokrit, mereka hanya sekadar menunjukkan kebahagiaan. Padahal mereka tidak bahagia pun. 

Masuk hari ini, hampir tiga bulan dia langsung tidak menghubungi saya. Saya hanya mampu stalk Facebook dia sahaja tetpai itupun dah tak ada public dari mereka. Mungkin mereka sudah menyedari saya stalk Facebook mereka. Sebab selama ini pun isteri dia tidak pernah public status/gambar/video di Facebook. Cuma sekarang, ye. 


Saya menjadi benci dan cemburu bila kawan-kawan mereka memuji kecomelan anak mereka yang wajahnya kelihatan seperti orang Jepun dan Korea. Tetapi saya tahu, ahli syurga seperti saya tidak perlu rasa cemburu. Untuk apa menayang rupa pada tatapan umum? 

Hari ini saya luahkan perasaan saya di WeChat, berharap dia baca segala-galanya. Hati saya hancur dengan apa yang dia sudah lakukan. Saya selalu menyatakan bahawa saya sudah ada yang lain. Tetapi sedikit pun tiada respon dari dia. Selalu saya menyindir isteri dia, juga tidak dapat menarik perhatian si isteri. Sakit hati saya bila diperlakukan seperti ini. 

Tolong jangan kecam saya, saya perlukan kata-kata yang boleh buat saya tenang. 

'Ahli syurga seperti saya tidak perlu rasa cemburu' - Wanita kesal dirinya gagal rampas suami orang 'Ahli syurga seperti saya tidak perlu rasa cemburu' - Wanita kesal dirinya gagal rampas suami orang Reviewed by Editor on 10:31 AM Rating: 5