'Dah macam ikat menate (binatang)' - Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness


Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dinasihatkan menggunakan safety harness bagi mengelakkan anak hilang, atau diculik penjenayah dan bagai. Malangnya masih ada masyarakat kita yang memandang serong terhadap ibu bapa yang menggunakan hand harness seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. 

Nazza Hamat, luah rasa terkilan terhadap tindakan segelintir individu yang mentertawa dan mencemuh mereka dengan pelbagai dakwaan. 

SEMALAM saya pergi shopping mall, pakaikan anak saya safety harness ini. Saya tahu jenis anak saya yang mana dia tidak suka orang pimpin tangan dia. Dia lebih suka jalan sendiri. Kalau kami lepas tangan dia, tak sampai dua saat dah lari seperti lipas kudung. 

Semua orang tengok semalam, tetapi tengok dengan pandangan yang pelik. Tak tahu kenapa, mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan mengikat anak seperti ini. Ramai juga yang gelakkan saya semalam. 

Yang tak boleh 'blah' bila ada seorang lelaki bukan main kuat dia gelak. Terdengar dia kata "Dah macam ikat menate (binatang) dah.'. Saya rasa nak cilikan saja mulut dia yang kurang ajar itu. Dah tua pun, tetapi mulutnya  bukan main jahat. 

Saya beritahu pada suami dan dia kata, "Ikut dia la, kalau anak kita hilang, bukan dia nak tolong cari pun. Kita yang menanggung sengsara," kata suami. 

Cukuplah anak saya dah pernah hilang dua kali. Tak sanggup dah nak melalui kejadian yang sama. Boleh jadi gila dibuatnya. 

Tak tahulah masyarakat kita ini payah sangat nak ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Sudah ramai yang kongsi pengalaman anak mereka hilang tetapi bila kita amalkan keselamatan begini dianggap mengamalkan pemikiran kuno sangat.  Cubalah berfikiran terbuka sikit. 

Di negara barat, benda seperti ini boleh dikatakan wajib bagi mereka. Kita di Malaysia sahaja yang akan dipandang jelik jika buat begini. Mereka pandang kita seperti kita ibu bapa yang jahat dan mementingkan diri. 

Kalau anak saya hilang, awak (yang jenis suka mengkritik) nak tolong carikan ke? Lebih baik saya buat begini dari saya menyesal di kemudian hari. 

Yang gelakkan saya semalam, suatu masa nanti bila anda dah ada anak, jagalah anak baik-baik. Jangan sampai anak dah hilang, menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata berdarah sekalipun tak guna dah. 

Cuba berfikiran terbuka sedikit. Kita di Malaysia sudah bermacam-macam kes yang berlaku, yang melibatkan kanak-kanak. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh seperti Sarah dan Shuib yang kehilangan anak selama tiga minit, rasa macam nak mati, tahu? 

P/S: Anak saya kalau pergi mall, dia fikir dia pergi ke taman gula-gula. Habis dia berlari sana sini. Bila diikat begitu, rasa aman sedikit. 

Sumber: Nazza Hamat
'Dah macam ikat menate (binatang)' - Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness 'Dah macam ikat menate (binatang)' - Ibu terkilan masih ada masyarakat yang kritik penggunaan Safety Harness Reviewed by Editor on 9:45 PM Rating: 5