'Dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya' - Joy Revfa failkan pembubaran perkahwinan


SHAH ALAM, SELANGOR - Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan, lapor mStar.

Permohonan itu dibuat oleh Joy atau nama sebenar, Siti Arifah Mohd Amin, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari di sini Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz, 1 Mei lalu. 

Menurut Joy, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka yang mendakwa ia sebagai tidak sah. 

Difahamkan, konflik di antara Hafiz dan Joy timbul selepas status perceraian Joy dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah atau tidak. 

Berasa curiga dengan perkara itu, Hafiz tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusannya. 

"Saya datang sini untuk berdamai, bukan untuk bergaduh atau berbalah dengan suami. Apa yang saya lakukan adalah untuk mempertahankan hak saya sebagai isteri dan wanita yang teraniaya. 

"Saya nak buktikan perkahwinan kami ini sah, bukan seperti yang didakwa Hafiz. Saya nak tuntut keadilan," katanya kepada mStar di mahkamah pada hari ini.



Joy hadir ke mahkamah untuk melengkap beberapa dokumen selepas memfailkannya Jumaat lalu, ditemani oleh peguam syarie, Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan, serta ibunya, Sofia Abbas, kakak, Dyana Sofia dan adiknya Mohd Zarif. 

Dakwa Joy, Hafiz ada bertemu dengannya pada 23 Mei 2017, selepas hampir sebulan berumah tangga dan memaklumkan bahawa perkahwinan mereka tidak sah.

"Selepas tarikh itu, dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya," katanya. 



Sementara itu, peguam syarie Muhammad Nur Hafiz berkata, mahkamah menetapkan 14 September depan untuk mendengar permohonan yang dibuat pihaknya. Pihaknya juga akan mengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan perkahwinan yang dibina itu adalah sah. 


Joy sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Hafiz dan Joy bertunang pada 23 Mac 2017, kemudian bernikah di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. 
'Dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya' - Joy Revfa failkan pembubaran perkahwinan 'Dia mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya' - Joy Revfa failkan pembubaran perkahwinan Reviewed by Editor on 11:58 AM Rating: 5