'Jangan banding-bezakan anak awak dengan anak saya yang hyperaktif'


Menjaga anak-anak yang sedang membesar dengan pelbagai ragam dan perangainya adalah memerlukan kesabaran yang tinggi. Juga begitu, setiap anak adalah berbeza perangainya dan jangan pula dibanding bezakan dengan anak orang lain sehingga mengguriskan hati dan perasaan ibu bapa mereka. 

Selain perangai anak yang berbeza-beza, cara didikan kita juga mempengaruhi mereka. Jadi, usah menjadi anak-anak orang lain yang ragam dan perangainya yang luar biasa itu sebagai bahan kritikan atau kutukan jika anda tidak tahu atau kenal seseorang kanak-kanak itu bagaimana. 

JANGAN COMPARE ANAK AWAK DENGAN ANAK SAYA

1. Anak awak mungkin mampu duduk diam 2 jam di rumah orang lain, berbeza dengan anak saya takat 20 minit pun bontot dah gatal nak bangun lari sana lari sini.

2. Anak awak mungkin mampu duduk depan televisyen tengok kartun Upin Ipin diam-diam. Tetapi bukan anak saya. Dia memang suka explore satu rumah. Semua dia nak terbalikkan. Kalau sofa itu boleh terbalik pun, dia akan terbalikkan.


3. Anak awak mungkin mampu berjalan pimpin tangan awak di mall dan ikut sahaja rentak kaki awak nak ke mana. Tetapi anak saya selagi dia tak berlari 100 kilometer dalam mall itu memang tak sah. Dengan mak ayahnya sekali maraton dalam mall.

4. Bila bercakap dengan anak awak, mungkin awak hanya perlu keluarkan suara wanita Melayu terakhir. Tetapi berbeza dengan anak saya, selagi mak dia tak keluarkan suara abang Sajat, selagi itulah dia tak akan bangun mengikut arahan. Mak hari-hari test vokal, bukan takat suara abang Sajat, suara niyang rapik, sister ngensot, semua keluar. Luaran mak nampak lembut tetapi di dalamnya memang ada gorilla bertenggek.

5. Bila makan di meja makan, mungkin anak awak boleh makan diam-diam, elok-elok. Anak saya pula makan sambil bermain. Masa itulah dia nak kenal apa itu nasi, kicap, mee, kuah, ikan. Padahal kicap pun pernah hinggap di muka mak dia ini. Hahaha! 


Kesimpulannya apa yang saya nak khabarkan, jangan banding bezakan anak saya dengan anak awak. Anak saya hanya saya sahaja yang tahu. Mulut memang mudah bercakap, walaupun anak kita mungkin sebaya tetapi sifat dan perkembangannya adalah berbeza-beza. 

Yes, ibu harus cakap yang baik-baik. Betul tetapi pointnya di sini ialah perangai anak-anak kita tak sama dan cara didikan kita juga adalah berbeza. Perangai baik anak saya itu biar saya saja yang tahu. Normallah semua budak belajar ketika dia bermain. Jadi saya tak rasa pelik dengan anak-anak yang aktif itu tandanya mereka sihat dan normal. 

Regards

Ibu kepada 
Muhammad Danish Rayyan
Muhammad Daniel Rafael

'Jangan banding-bezakan anak awak dengan anak saya yang hyperaktif' 'Jangan banding-bezakan anak awak dengan anak saya yang hyperaktif' Reviewed by Editor on 10:25 AM Rating: 5