Kanak-kanak lebam dan patah tangan, disyaki didera keluarga sendiri


LUNDU, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah di seluruh badannya, disyaki didera oleh keluarganya sendiri, lapor Kosmo. 

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan itu mengalami lebam di muka, badan, kaki dan tangan. 

Mangsa yang dalam keadaan cedera parah dibawa ke Hospital Lundu oleh keluarganya sendiri kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki kecederaan di badan mangsa mempunyai unsur-unsur penderaan. Imbasan x-ray juga mendapati, mangsa mengalami patah tulang lengan dan tangan kanannya sebelum membuat laporan polis berhubung keadaan mangsa.

Mangsa kini sedang dirawat di Unit Ortopedik, Hospital mum Sarawak (HUS). 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang ahli keluarga terdekat mangsa. Suspek yang berusia 18 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 
Kanak-kanak lebam dan patah tangan, disyaki didera keluarga sendiri Kanak-kanak lebam dan patah tangan, disyaki didera keluarga sendiri Reviewed by Editor on 4:38 PM Rating: 5