KPM dedah senarai 402 buah sekolah 'hotspot' yang bermasalah dari segi disiplin dan dadah


KEPALA BATAS, PULAU PINANG - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menangani masalah di setiap sekolah yang tersenarai dalam senarai hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara, lapor Bernama. 

Kementerian Pendidikan memperolehi maklumat mengenai sekolah-sekolah yang mempunyai masalah tahap disiplin yang serius sehingga menimbulkan pelbagai masalah daripada pihak sekolah sendiri dan mengambil langkah proaktif untuk mengekang isu itu. 

Sebanyak 402 buah sekolah hotspot di seluruh negara telah dikenal pasti dan senarai itu akan dikemukakan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mahdzir juga mengarahkan semua pegawai perhubungan sekolah mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah itu.

"Sekolah hotspot ini adalah sekolah yang ada masalah berkaitan disiplin, penyalahgunaan dadah, jenayah dan masalah-masalah lain seperti tahap kehadiran yang sangat lemah," katanya. 

Beliau berkata sehubungan itu, sebuah mesyuarat jawatankuasa induk yang akan bertindak khusus untuk menangani masalah salah laku di sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah itu diwujudkan di peringkat kementerian.

"Kementerian kemudiannya akan turunkan kuasa kepada pengarah-pengarah (pendidikan) untuk ambil tindakan lanjut dan wujudkan jawatankuasa khas seumpama ini di peringkat negeri pula.

“Antara agensi yang terlibat melalui strategi NBOS ini adalah polis, persatuan ibu bapa dan guru, badan bukan kerajaan serta alumni setiap sekolah,” katanya. 

Berdasarkan senarai yang didedahkan, tiada satu pun sekolah di Sabah yang tersenarai. Namun Selangor mencatatkan paling banyak sekolah yang mengalami masalah terutamanya masalah berkaitan dengan disiplin.

Justeru ibu bapa dinasihatkan untuk menyemak senarai sekolah hotspot bagi memastikan anak masing-masing tidak terlibat dengan masalah-masalah yang dinyatakan. Jika anak-anak terlibat dalam masalah tersebut, inilah masanya untuk membantu mereka. 













KPM dedah senarai 402 buah sekolah 'hotspot' yang bermasalah dari segi disiplin dan dadah KPM dedah senarai 402 buah sekolah 'hotspot' yang bermasalah dari segi disiplin dan dadah Reviewed by Editor on 7:37 PM Rating: 5