Kucing baka British Short Hair RM10,000 mati, pemilik kesal pihak kedai enggan bertanggungjawab


JOHOR BAHRU - Viral di media sosial seorang wanita kecewa dan terkilan apabila seekor kucing perliharaannya yang dibeli dengan harga RM10,000 telah mati, didakwa berpunca dari tindakan pihak kedai haiwan yang juga tempatnya membeli kucing itu, tidak memberikan rawatan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Bistari Mansor melalui Facebooknya berkata, dia terkejut menerima mesej dari kakitangan kedai yang menyatakan kucing kesayanganya bernama Lily telah mati pada 6 Ogos, Ahad lalu. 

Berikut kronologi kejadian seperti yang diceritakan oleh Bistari Mansor:

4 bulan yang lalu saya ambil lili di Imadi Pets BBU. Mereka kata Lily sihat dan lincah. Saya tengok tak berapa sihat, bulu tak cantik, kurus dan ada fungus. Saya bawa pulang ke Kuala Lumpur dan rawat, hantar ke veterinar dan bela sehingga sihat, cantik dan gebu. Sampai dia jadi comel, lincah, manja dan ceria. 

Di rumah ada seekor lagi kucing baka Maine Coon yang juga dibeli di Imadi. Namanya Lola dan masa ambil di Imadi JB pun dalam keadaan kurus. Saya bela sampai dia sihat dan cantik. Kedua-dua kucing saya berada dalam keadaan sihat. Jika ada masalah kesihatan, saya memang akan terus rujuk ke veterinar. 

Pada bulan ramadan, saya hantar Lola untuk kahwin Imadi Shah Alam. Sebelum raya, Imadi minta ambil semula Lola dan boleh hantar kembali selepas raya. Saya ambil semula Lola dan keadaannya pada ketika itu kurus, bulu gugur, berhingus. Bila bawa balik ke rumah, Lily juga berjangkit sama. 

Bermula daripada itu, kesihatan Lily on and off. Bila sakit, saya hantar ke veterinar dan diberi ubat dan rawat Lily sehingga pulih. Tak sampai seminggu, Lily kembali sakit dan sekali lagi dihantar ke veterinar dan berulang-ulang sakitnya.

Saya sentiasa update tentang Lily di Facebook untuk berkongsi perkembangannya dengan rakan-rakan. 

Khamis, 3 Ogos 2017, tiba-tiba Lily menjadi lemah tak mahu makan dan minum. Terbaring lesu sahaja. Sebelum ini dia dalam keadaan baik namun tiba-tiba jadi begitu. Saya terus bawa ke veterinar untuk dicucuk dan diberi ubat. Mula diberi ubat sejak Jumaat. Khamis tidak perlu sebab sudah disuntik. 

Selepas Lily dibawa balik, dia semakin lemah dan malam itu saya bawa Lily berjumpa dengan veterinar lagi dan dicucuk lagi dengan ubat. Malam itu saya tak tidur sebab nak jaga Lily, panggil dia dan dia tengok saya. 

Jumaat 4 Ogos 2017. Keadaannya masih lemah dan saya bawa ke veterinar. Mereka periksa dan beritahu bawa semula ke Imadi sebab sudah lebih dari 10 kes mereka rawat kucing-kucing Imadi dan akhirnya mati di veterinar. Imadi salahkan veterinar dan pemilik kucing. 



Jadi saya terus hantar ke Imadi Shah Alam. Mereka sumbat Lily dengan makanan. Lily semakin lemah, matanya terkebil-kebil dan dia bernafas menggunakan mulut. 

Zaidi kata boleh baik dan bawa balik serta paksa makan. Saya tak puas hati, hantar semula ke veterinar. Mereka periksa tetapi tidak mahu melakukan apa-apa. Suruh saya di tempat yang saya beli kucing ini sebab mereka tidak mahu dipersalahkan ika Lily mati dan mereka juga sudah tahu permainan Imadi bagaimana. 

Jam 7 petang itu saya terus ke JB. Sampai di Imadi JB jam 10 malam, Imadi tutup jam 11 malam. Ismail kata doktor yang merawat itu adalah 'bad doctor', tak nak selamatkan haiwan. Dia paksa lagi Lily makan dan minum. Diperiksa sama ada, ada virus atau tidak. Namun ujian menunjukkan negatif. 

Sebenarnya di Imadi tak ada doktor veterinar. Mereka memandai-mandai sendiri. Cerita seperti mereka adalah veterinar dan semua veterinar yang lain tak betul dan hanya mereka sahaja yang betul, bijak dan pandai. 

Jadi malam itu, Lily ditinggalkan di situ dalam tangki oksigen. 

Sabtu 5 Ogos 2017. Saya pergi ke Imadi untuk bawa Lily pergi ke Veterinar Pakar, Doktor Koh atas saranan Imadi semalam. Sampai di premis, Ismail kata Lily sudah sihat, boleh bangun dan sudah mahu makan. Dia menyarankan saya belajar dengan pekerjanya bagaimana nak beri Lily makan iaitu kena suap secara paksa. Tidak perlu dibawa ke veterinar kononnya sudah okay dan boleh bawa pulang ke rumah. 

Tetapi bila pekerjanya bawa Lily, katanya kena bawa pergi ke veterinar juga sebab keadaannya semakin lemah. Muka Ismail dah berubah. Dia meminta pekerjanya mengikuti saya pergi ke veterinar. 

Sampai di veterinar, Lily dikategorikan sebagai kes kecemasan dan doktor mahu memeriksanya dan melakukan imbasan x-ray. Memang ada masalah paru-paru. 

"Dia memang tak boleh makan atau minum. Kenapa paksa-paksa dia? Dia bernafas ikut mulut. You sumbat-sumbat, makin tak boleh bernafas," kata doktor veterinar.

Imadi kemain sumbat-sumbat makan minum ubat segala pada Lily, kan?! 

Selepas itu, pekerjanya seboleh-boleh nak Lily dimasukkan dalam wad. Doktor geleng kepala sahaja. Bagi ubat bentuk cecair. Suruh beri Lily susu setiap satu jam dan masukkan Lily dalam kotak oksigen semula. Maknanya kena buat di Imadi semualah. 

Saya cuba terbaik, semua Allah tentukan. Jam 11 pagi 6 Ogos 2017, saya dapat mesej WhatsApp dari pekerja Imadi yang memaklumkan Lily sudah mati. 

Macam mana perasaan saya? Sedih dan down gila. Saya terus ke Imadi selepas zohor, cuba mencari kekuatan untuk mengambil Lily yang sudah mati. Saya dan suami sendiri berjumpa dengan Ismail. Apa yang membuatkan saya naik angin sangat? 





Kami datang dengan cara baik, ajak berbincang dan minta ganti rugi sebab memang saya bela Lily di rumah tetapi kena ingat, saya dapat kucing yang memang sakit. Saya rawat sampai sihat dan hantar kucing saya yang sihat untuk kahwin di Imadi Shah Alam. 

Tetapi bila dibawa balik ke rumah, kucing saya berada dalam keadaan sakit dan sakit itu berjangkit pula pada Lily dan semua ini berpunca dari Imadi. 

Sudahlah Lily dipaksa makan minum, bukan sekali tetapi berkali-kali. Mati pun di Imadi JB. Selepas itu nak salahkan saya sebab tak reti jaga kucing, adil ke?

Harga kucing Imadi:

Anak kucing: RM10,000
Kucing 6 bulan: RM20,000
Induk: RM30,000

Sebelum ini janji manis. Banyak sangat penipuan tetapi saya diamkan dan biarkan saja. Cakap bagi kucing sihat, tetapi hakikatnya kucing sakit. Dalam sijil dulu kata nama kita, tengok-tengok dah dapat atas nama dia. 



Ayat Ismail semasa nak duit kita begini: "Ini adalah pelaburan. Kalau tak balik modal lagi kita akan bertanggungjawab. Kucing sakit, kucing tak mengandung, boleh tukar." 

Okay, point di sini. Kucing saya sakit, kenapa tak boleh tukar? Kucing saya mati di Imadi, kenapa lepas tangan? Kalau Imadi berada di pihak yang benar, kenapa lari dan terus menghilangkan diri? Tinggalkan masalah, lari dari masalah? Kau buat biadab cakap sambil meninggikan suara dan tunjuk-tunjuk jari telunjuk kau depan muka aku, kau ingat kau siapa? Dulu muka manis janji manis. Tadi kau cabar aku, kau cakap nak report ke apa silakan. Kau menafikan pula pasal pelaburan scam kau ini tadi. Baik sangat perangai. 

Dan untuk kau manager biadab bernama Emy, kau memang bodoh ego sombong nak mampos. Dalam phone kau boleh kata "kenapa kucing dah nak mati baru beritahu?". Oi, Aku update daripada hari Khamis pada Iwan (pekerja) dan selepas itu semakin lemah dan lemah. Aku rujuk vet, bukan pandai-pandai macam korang buat pada Lily. 

Pengajaran, jangan sampai ada lagi terperdaya dengan Imadi ini. Penunggang agama yang menjanjikan macam-macam. Bila dah dapat duit kita, dia layan kita macam sampah. 

Bagaimanapun, pengurus kedai haiwan berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tampoi pada hari yang sama. 

Dalam laporan polis itu, Amela Farriza, 42, menjelaskan pasangan suami isteri berkenaan telah membuat bising di kedai mereka kerana tidak berpuas hati salah seekor kucing yang dibeli dari kedai Imadi telah mati. 

"Dia telah membeli seekor kucing baka British Short Hair berusia 3 bulan ward solid blue dengan harga RM10,000 pada 13 Januari 2017. Bayaran telah diselesaikan dan tiada sebarang masalah. 

"Kami tidak memaksa dia membeli kucing di kedai kami dan dia telah membuat pilihan untuk menjaga kucing itu sendiri di rumahnya, Shah Alam Selangor," katanya. 

Menurut Amela, pihaknya ada dua pilihan di mana pelanggannya boleh memilih kucing itu dijaga di bawah Imadi dengan bayaran sebanyak RM7,200 selama setahun. 

"Tetapi dia tidak mahu dan hendak menjaga kucing itu sendiri. Kami telah memberitahu jika kucing tersebut sakit atau bertindak aneh dalam tempoh 72 jam, boleh hantar semula kepada pihak kami untuk tindakan susulan dan dia telah menjaga kucing tersebut selama 8 bulan. 

"4 Ogos 2017, jam 11 malam dia telah datang ke kedai kami menyatakan kucing dia sakit dan perlukan rawatan susulan di kedai kami. Kami telah maklumkan bahawa kedai kami tiada kelengkapan yang cukup untuk merawat kucing dan meminta dia pergi berjumpa dengan doktor haiwan. 

"Tetapi dia kata dia telah pergi berjumpa dengan doktor haiwan di Shah Alam, Selangor namun mereka enggan merawat kucing tersebut. 

"Kami telah memaklumkan kepadanya jika dia mahu kucingnya diberi rawatan sementara sebelum dibawa berjumpa dengan doktor haiwan di kedai, pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa pada kucingnya itu dan dia hanya mendiamkan diri. 

"Kucing dia kemudian telah dimasukkan ke ruangan oksigen dan dipantau oleh kakitangan sebelum dibawa berjumpa dengan Doktor Khoo pada keesokan harinya. 

"6 Ogos 2017, jam 11 pagi kucing tersebut telah mati dan kami beritahu pemiliknya sebelum dia datang membuat bising serta memburukkan perniagaan kami," katanya. 



Berikutan viral di media sosial itu, Amela membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan premis mereka dan juga untuk membersihkan perniagaan mereka. 
Kucing baka British Short Hair RM10,000 mati, pemilik kesal pihak kedai enggan bertanggungjawab Kucing baka British Short Hair RM10,000 mati, pemilik kesal pihak kedai enggan bertanggungjawab Reviewed by Editor on 12:35 PM Rating: 5