Melecur teruk disambar api selepas bermain minyak petrol yang ditemui di padang


KUALA NERANG, KEDAH - Seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun melecur 50 peratus badannya selepas disambar api ketika bermain minyak dengan rakannya. 

Gambar yang dimuat naik oleh Mawar Ahmad sejak jam 11.36 pagi semalam viral di media sosial, menimbulkan tanda tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Dalam kejadian yang berlaku sebulan yang lalu, mangsa, Muhammad Naufal Zafran, 7, sebelum itu dikatakan telah keluar bermain dengan rakannya dan terjumpa sebotol minyak petrol mesin rumput yang ditinggalkan di padang itu, dipercayai milik pekerja pemotong rumput. 

"Kisahnya mangsa bermain dengan kawan. Kawan jirus minyak yang orang mesin rumput tinggalkan di situ dan terus cucuh api. Nasib baik api terpadam. Si bapa terjumpa mangsa teriak seorang-seorang. 

"Awal kejadian, kecederaan tak nampak teruk, tetapi selepas sebulan ia kelihatan teruk. Dah jadi kes polis," tulis Mawar Ahmad. 




Mangsa kini masih berada di wad Hospital Kuala Nerang untuk menerima rawatan. Mawar juga menjelaskan gambar yang dimuat naik itu adalah gambar dua hari yang lalu. 

Bagaimanapun menurut seorang saksi kejadian yang menggunakan nama Bedah, menafikan dakwaan kononnya mangsa dianiaya oleh rakan sepermainannya. 

"Saya orang Kuala Nerang dan tahu kisah sebenar. Ada orang tertinggal minyak selepas mesin rumput. Mangsa sebelum itu memanggil rakannya yang dituduh itu di rumah dan mengajaknya keluar bermain. Malah ada saksi yang nampak mangsa datang panggil rakannya di rumah, iaitu jiran mangsa sendiri. 

"Kemudian mangsa pergi dulu dan rakannya keluar tidak lama selepas itu. Mereka bermain di padang dan terjumpa minyak tersebut. 

"Jenis budak-budak ini bila ternampak sesuatu benda, semua nak dibuat main. Ketika mereka sedang bermain, api menyambar mangsa. Mangsa cuba nak baling dan buang tetapi terkena pada belakang badannya. Kalau kata rakannya yang cucuh, sudah tentu tangan dia juga turut terkena sambar," katanya. 


Kata Bedah lagi, selepas kejadian itu, bapa mangsa membawa anaknya bertemu dengan ibu rakan anaknya itu sambil marah-marah. 

"Semua pakat tengok masa bapa mangsa brek betul-betul di depan pintu premis di mana tempat ibu rakannya bekerja. Mangsa menangis dalam kereta, dan si bapa menuduh anaknya kena bakar. 

"Bapa dia kata anak dia terbakar sebab bermain api dengan anak wanita itu. Ramai lagi saksi pada masa itu dan saksi di taman perumahan dia pun ada," kata Bedah yang merasakan tidak wajar rakan mangsa dituduh membakar mangsa. 

Difahamkan, selepas kejadian itu, bapa mangsa membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan selanjutnya (mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Nerang). 


Walau bagaimanapun, Mawar menegaskan dia hanya berkongsi cerita dari apa yang dia dengar dari bapa mangsa itu sendiri. Malah bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi mahu membantu mendapatkan dana untuk menanggung kos rawatan mangsa. 

Lawatan Pengarah Hospital Kuala Nerang
Sementara itu, saudara mangsa, Fadilah Foudze berkata, dia juga tidak pasti jalan cerita yang sebenar. Namun meminta netizen tidak memarahi Mawar yang berniat baik mahu membantu meringankan beban ibu bapa mangsa. 

"Cerita yang sahih mengenai kejadian saya juga tidak pasti. Cuma jangan marahkan Mawar Ahmad. Dia berniat baik mahu membantu meringankan beban keluarga paksu dan maksu saya," katanya. 

Kepada yang ingin memberikan sumbangan, boleh salurkan ke nombor akaun bapa mangsa.

MOHD ZAHIRRUDIN BIN ZAKARIA
NO AKAUN: 220321177031
BANK: BANK RAKYAT

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi bapa mangsa sendiri di talian 016-9385291
Melecur teruk disambar api selepas bermain minyak petrol yang ditemui di padang Melecur teruk disambar api selepas bermain minyak petrol yang ditemui di padang Reviewed by Editor on 10:19 AM Rating: 5