'Muka cantik tapi perangai macam hanat!' - Tuan rumah rugi RM10,000 dek penyewa perempuan


Mengucap panjang melihat keadaan rumah sewa yang dihuni tiga wanita muda yang juga merupakan pelajar institut pengajian tinggi ini. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang selesa untuk berlindung, bertukar menjadi seperti tempat perlupusan sampah. Lebih mengejutkan lagi, salah seorang penghuninya tidur di bawah katil.

TERGERAK HATI nak pergi tengok rumah yang disewakan pada sekumpulan budak perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia. Mula-mula saya pergi, mereka tak bagi masuk sebab saya lelaki. Tak apalah, memang logik pun mereka tak izinkan. 

Keesokkan harinya, isteri saya pergi ke rumah sewa itu, tetapi mereka tetap tak berikan keizinan juga atas alasan, banyak barang-barang peribadi dan mereka tidak mahu orang luar tengok. 

Minggu depannya, saya hantar orang untuk baiki bumbung. Tetapi sebenarnya saya suruh orang itu menyamar jadi tukang baiki bumbung saja dan dia tak masuk ke dalam rumah. Baiki bumbung dari luar, kan? Maka dengan kerjasama dia, dapatlah dua tiga keping gambar keadaan rumah saya yang lebih kurang seperti tong sampah. 

Akhirnya saya berjaya keluarkan surat dan buat laporan polis untuk melakukan siasatan. Saya dapat masuk ke rumah saya itu sebab saya ada bukti bergambar yang dirakam oleh orang menyamar jadi tukang baiki bumbung. Gambar dari atas itu, tak dapat nak dikongsikan sebab terlalu kotor. 

Tapi dapatlah juga saya ambil sekeping dua gambar keadaan dalam rumah untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan dan juga buat pengajaran kepada orang lain. 

Cuba anda bayangkan, macam mana rumah boleh menjadi seperti longgokan sampah? Dengan dapur rumah yang penuh berminyak, pinggan mangkuk tak dicuci. berulat dan berbuih. Tandas penuh dengan tahi dan bau hancing. Bilik kotor, tuala wanita lama dan dah hitam berlongok dalam tong sampah. 

Saya mengucap panjang depan budak-budak perempuan yang wajahnya iras seperti Nasha Aziz, Nora Danish dan Fazura itu. Muka cantik tetapi perangai macam l*hanat!

Saya terus keluarkan surat untuk mereka berpindah keluar dari rumah sewa itu dalam tempoh 24 jam. Deposit saya memang tidak akan pulangkan sebab saya perlu gunakan duit itu untuk mengupah orang mencuci rumah dan membaiki kerosakan yang mereka telah lakukan pada rumah sewa saya. 

Budak-budak perempuan ini bernasib baik sebab saya tak heret mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kalau ikutkan hati, memang nyaris saya berbuat demikian. Dari apa yang saya kira, hampir RM10,000 kerugian yang saya alami. 

Wahai wanita di luar sana, jangan sibuk nak mengejar putera impian saja, jagalah kebersihan. Barulah putera impian nak pada korang. Kalau pengotor begini, jangan katakan putera raja, Azwan Ali pun tak hingin! 

SUMBER: TIDAK DIKETAHUI

Susulan viral gambar tersebut, beberapa netizen juga tampil berkongsikan pengalaman yang mereka juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama. 









'Muka cantik tapi perangai macam hanat!' - Tuan rumah rugi RM10,000 dek penyewa perempuan 'Muka cantik tapi perangai macam hanat!' - Tuan rumah rugi RM10,000 dek penyewa perempuan Reviewed by Editor on 8:58 AM Rating: 5