Suami ditetak isteri selepas suarakan hasrat nak kahwin satu lagi


KELANTAN - Seorang lelaki cedera ditetak isterinya dengan pisau pemotong sayur yang berang selepas mengetahui lelaki itu berhasrat untuk kahwin satu lagi, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Khamis lalu, mangsa berusia 55 tahun ditetak dengan pisau pemotong sayur menyebabkan dia menerima 15 jahitan di kepala. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, mangsa cedera di kepala, dahi kanan dan lengan kanan. 

"Ketika kejadian, mangsa sedang baring sebelum isterinya yang berusia 56 tahun bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suaminya. 

"Terkejut dengan tindakan isterinya, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah," katanya memetik laporan portal Harian Metro. 

Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi. 

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka kembali berdamai. 

Gambar kejadian itu viral di laman Facebook hari ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 
Suami ditetak isteri selepas suarakan hasrat nak kahwin satu lagi Suami ditetak isteri selepas suarakan hasrat nak kahwin satu lagi Reviewed by Editor on 8:21 PM Rating: 5