'Sumpah saya tak ada hubungan istimewa dengan Datuk Red' - Nonny


Terdahulu Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 39, mengakui 'kantoi' dengan Adira bahawa dirinya mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita. 

Menurut Adira, dia mengetahui perkara itu selepas pelakon wanita itu sendiri yang membocorkan rahsia perbuatan suaminya yang sudah mempunyai empat orang anak itu.  

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh tetapi dia pula yang beritahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendaknya yang saya tak turuti," kata Datuk Red pada mStar Online sebelum ini. 

Bagi Adira pula, dia enggan mempedulikan gosip itu kerana mahu fokus pada cahaya matanya yang kini berusia enam bulan. 

"Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remah yang tidak perlu diperbesarkan kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan," katanya memetik laporan dari Berita Harian. 


Hari ini, melalui portal Harian Metro dan mStar Online, pelakon wanita berkenaan, Nonny Nadira, 28, menafikan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan Datuk Red. Malah, berani membuat pengakuan bersumpah untuk menafikan perkara itu. 

"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya. 

"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat. 

"Mungkin dia tidak tahu saya rapat dengan Adira. Jadi sebelum perkara lain terjadi, saya ambil langkah awal dengan memberitahu Adira mengenai sikap suaminya. 

"Tetapi saya terkejut macam mana kenyataan mengatakan saya bercinta dengan dia boleh keluar. Sedangkan kami tidak pernah kenal malah jauh sekali keluar dengannya," katanya. 

Nonny juga menegaskan dia tidak pernah meminta apa-apa daripada Datuk Red seperti yang didakwa. 

"Saya belum terdesak sampai nak suami orang. Kalau nak tahu, saya sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin. Nasihat saya, dia sepatutnya kasihankan dua isteri dan anak-anak. Tidak cukup lagi dengan apa yang ada? 

"Jangan anggap duit boleh beli segalanya, berhenti buat cerita yang tidak betul," katanya. 

Difahamkan, Nonny dan teman lelakinya sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dan kini dalam perancangan untuk berkahwin. Namun, Nonny berharap isu ini tidak dipanjangkan kerana enggan hubungannya dengan teman lelaki berantakan. 

I don't like cheap publicity!! Get a life dude!! sy baru je dlm industri nie kan hmmm.. baru 11tahun gais..😑 udeh2 lettew.. Hentikanlah gosip2 liar sebegini..😓sy penatlah.. I luv my friends,my family,my fans & my cinta hati..♥️ I RESPECT them.. so stop for being childish! Orang2 penting dlm hidup sy nie semua tau segala kebaikan & kejahatan sy.. :) sy bukan malaikat tapi kita nie makin hari makin tua bukan makin muda..kita belajar dari kesilapan utk menjadi org yg lebih baik.. mintak duit awk? menjalin cinta dgn awk? Jumpa pun x pernah.. lagi apa mau cerita?.. So funny!! Are U happy now?.. TQ for jeopardize my reputation! Hanya Allah yg dpt membalas segala jasa awk wahai Hamba Allah si polan bin si polan.. Peace mwah!!😘✌🏻 . Big applause 👏🏻👏🏻👏🏻 . #cukupcukuplah #banyakhatilagiyangakukenajaga #kasiandehloh #mulutkayakbanci #akusenyapdipijakakubersuarabersebab
A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on

Selain itu, Nonny juga mahu menghormati kedua-dua isteri Datuk Red, termasuklah keluarganya sendiri dan keluarga bakal mertua. 

Datuk Red sebelum ini juga pernah 'terkantoi' apabila video menunjukkan dirinya merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah tersebar di media sosial. 
'Sumpah saya tak ada hubungan istimewa dengan Datuk Red' - Nonny 'Sumpah saya tak ada hubungan istimewa dengan Datuk Red' - Nonny Reviewed by Editor on 10:54 AM Rating: 5