Suspek ditangkap selepas kantoi rakam gambar wefie guna iPhone curi


MASAI, JOHOR - Tindakan dua lelaki mencuri sebuah iPhone di sebuah kedai alat telekomunikasi mengundang padah apabila salah seorang suspek telah berjaya ditangkap selepas gambar mereka viral di media sosial.

Individu yang memuat naik video kejadian dan gambar suspek berkata, salah seorang suspek yang memakai baju putih di dalam video tersebut telah berjaya ditahan awal pagi semalam.

"Alhamdulillah berkat bantuan semua, suspek sudah ditangkap awal pagi tadi( semalam). Sekarang suspek ada di balai. Sesiapa yang pernah menjadi mangsanya boleh pergi ke balai untuk buat laporan polis," katanya.

Polis kini masih dalam usaha mengesan rakan suspek dilaporkan cuba melibaskan pisau pada pemilik iPhone yang cuba mendapatkan iPhonenya kembali.

Terdahulu, viral video dan gambar dua lelaki yang didakwa mencuri sebuah iPhone dari sebuah kedai menyebabkan dua kakitangannya terkejut dan tidak sempat menangkap suspek yang pantas melarikan diri. 


Dalam video berdurasi 8 saat yang dimuat naik oleh Liza Hamid pada 13 Ogos lalu menunjukkan, salah seorang suspek berbaju putih berpura-pura mahu membeli iPhone dari kedai tersebut sebelum melarikan telefon pintar itu secara tiba-tiba. 


Suspek terus berlari ke arah rakannya yang sedang menunggu di motosikal sebelum memecut meninggalkan lokasi kejadian pada 10 Ogos lalu. 

Selepas melarikan telefon itu, kedua-dua suspek kemudian merakam gambar wefie tanpa menyedari gambar mereka tersimpan dalam iCloud yang kemudian dimuat naik oleh pemilik iPhone berkenaan di media sosial untuk hebahan kepada orang ramai bahawa telefonnya telah dicuri dua suspek berkenaan. 



Salam semua, minta tolong viralkan sampai budak ini dapat ditangkap. Kes ini baru berlaku 10 Ogos 2017 di Taman Rinting. 

Budak yang sama dan kali ini memang rare, muka kawan dia pun nampak sekali. Dia curi iPhone, selepas curi, ambil gambar wefie gembira pula dengan iPhone itu. Mungkin gembira sangat kali ini sebab dapat 'ikan besar'. Muka mereka berdua memang nampak gembira sangat. 

Mujur owner ada back up di iCloud. Jadi muka mereka ini muncullah di handphone yang mereka buat back up itu. 




Sekarang dia berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Belum sempat nak sergah budak ini dah nak libas owner guna pisau. 

Jadi berhati-hati guys kalau nampak mereka berdua ini, terus pm tepi atau hubungan pihak polis. Mereka bawa senjata tajam. Kalau nampak nombor pendaftaran motosikal mereka, sila maklumkan. 

Mereka semakin berani. Selepas ini kalau ternampak dua kelibat ini berlegar-legar di mana-mana kawasan, tolong maklumkan sebab kedai kami dipecah masuk budak ini pada 2 Ogos lalu. 


Ada yang kata pernah ternampak mereka berlegar-legar di kawasan Taman Rinting. Bermaksud mereka memang sudah bersedia mana-mana kawasan yang mereka dah sasarkan. 

Video yang dimuat naik sejak 13 Ogos lalu telah ditonton 1,011,289 kali dan dikongsi 9,806 pengguna Facebook.