Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus


INDIA - Seorang lelaki menetak tangan remaja perempuan berusia 15 tahun dengan pedang di tempat awam menggemparkan orang ramai, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian yang berlaku di pasar Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh, mangsa berkunjung ke pasar tersebut bersama dengan ibu dan adik lelakinya.

Vinod Chaurasia, 19, yang bekerja di sebuah bengkel mengimpal besi, ternampak remaja itu keluar bersama adik lelakinya pada waktu tengah hari Rabu lalu cuba mengekorinya dan cuba mempelawa remaja itu untuk keluar dengannya. 

Vinod dituduh telah menyerang mangsa dan difahamkan telah mengintai mangsa sejak beberapa bulan yang lalu. 

Tetapi mangsa enggan menerima pelawaannya menyebabkan Vinod mengeluarkan pedang lalu menetak tangan mangsa sehingga putus.

Suspek berulang kali menetak tangan mangsa dengan pedang tersebut, namun mangsa bernasib baik apabila orang ramai yang ternampak kejadian itu segera datang menghulurkan bantuan dan menangkap Vinod sebelum diserahkan kepada pihak polis. 


Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor cuba menyambung semula tangannya yang telah dipotong itu. 

Menurut jurucakap polis berkata, mangsa telah dipindahkan ke sebuah hospital di Lucknow untuk rawatan kerana keadaannya yang semakin kritikal dan kehilangan banyak darah. 


"Sekarang, keutamaan kami ialah kesihatannya yang kini kritikal.

"Sebaik saja keadaannya pulih, kami akan mengambil keterangannya berhubung kes ini bagi memastikan apa motif lelaki itu menyerangnya sehingga begini," katanya. 

Terdahulu, seorang pelajar sekolah ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki yang dilaporkan telah mengintainya, di Balia, Uttar Pradesh, ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah. 

Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus Reviewed by Editor on 5:21 PM Rating: 5