Anak kongsi kisah bapanya selalu pakai baju sama selama 20 tahun yang mempunyai nilai sentimental


Baru-baru ini, netizen di seluruh dunia berasa tersentuh dengan kisah seorang lelaki tua warga Jepun yang dikongsikan oleh anak perempuannya, di laman Twitter. 

Anaknya, Riaru, seringkali tertanya-tanya mengapa bapanya gemar memakai baju Polo berwarna hijau dan kuning yang sama sejak 20 tahun yang lain, biarpun baju itu sudah kelihatan agak lusuh. 

Lapor Buzzfeed News, persoalan Riaru akhirnya terjawab apabila dia membelek-belek barang peninggalan datuknya yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Riaru menemui gambar ibu bapanya ketika percutian berbulan madu. 


Dalam gambar tersebut, bapanya memakai baju Polo yang sama, sementara ibunya yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, 18 tahun yang lalu, memakai baju Polo yang sama namun warnanya bertentangan. 

Tersentuh dengan nilai sentimental baju bapanya itu, Rairu kemudian berkongsi penemuannya itu kepada rakan-rakannya dan gambar yang ditemui itu di Twitter. 


"Saya tertanya-tanya kenapa dia gemar memakai baju Polo dan kenapa tidak dia beli saja baju yang baru. Saya tidak pernah terbayangkan bahawa baju Polo itu mempunyai memori yang begitu istimewa buat dirinya," kata Riaru. 

"Apabila baju itu berlubang, dia akan menjahit baju itu dengan berhati-hati. Dia juga akan memakai baju itu pada mana-mana majlis sama ada acara kerja dan bila keluar bersama keluarga," katanya. 



Jika sebelum ini, Riaru menganggap bapanya kelihatan agak ketinggalan kerana selalu memakai baju yang sama, namun kali ini persepsinya itu berubah sama sekali selepas mengetahui mengapa bapanya menyimpan baju itu selama dua dekad. 

"Kini saya juga mahu berbuat demikian. Saya tidak akan membuat barang-barang penting ibu bapa ada datuk nenek saya," kata Riaru. 
Anak kongsi kisah bapanya selalu pakai baju sama selama 20 tahun yang mempunyai nilai sentimental Anak kongsi kisah bapanya selalu pakai baju sama selama 20 tahun yang mempunyai nilai sentimental Reviewed by Editor on 3:21 PM Rating: 5